Want your
own Fotopage?








 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Nov-2006 07:16 Email | Share | Bookmark
BUNGA BAKUNG / Spider-Lily

Bunga Bakung/ Spider Lily
Bunga Bakung/ Spider Lily
Bunga Bakung/ Spider Lily
Bunga Bakung/ Spider Lily






BUNGA BAKUNG
Spider Lily
Crinum asiaticum

Menurut kepercayaan Cina, Mesir dan Arab bunga ini dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit wabak yang menular sekiranya ditanam diperkarangan rumah atau kebun di sekitar rumah terutamanya bakung yang berbunga putih ungu dan berdaun keunguan.

Potongan umbi bunga bakung ini kononya dapat dipakai sebagai pelindung daripada pengaruh roh yang jahat jika dipasang di pintu rumah. Selain itu juga ianya boleh dipakai untuk penawar racun sengatan binatang berbisa dan mengubat luka

Bakung mempunyai ketinggian antara 0,5 – 1,25 m. Di Indonesia tanaman ini biasanya ditanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan. Bakung juga tumbuh sebagai tumbuhan liar. Bunganya berbentuk corong, mekar pada malam hari dan berbau harum.

Bunga bawang bakung lazimnya kembang sekuntum pada batang salur hijaunya yang panjang dengan serlahan bunga berwarna putih bersama enam sari salut yang terjurai dari tiub sulurnya.

Zephyranthes rosea, pokok bebawang yang berasal dari kawasan tropika Amerika dengan bunganya keluar apabila dedaun panjang dalam bentuk nipis itu layu (pupus).

Bunganya yang terdapat dalam pelbagai warna antaranya berwarna putih dan merah muda mempunyai enam kelopak yang tersusun dalam dua lapisan. Kebiasaannya empat kuntum bunga bercantum pada satu pangkal dengan enam stamen yang panjang. Pokok ini sesuai disusun di celah pokok bawang bakung.

Lazimnya, tanah gambut yang bercampur tanah liat mempunyai kandungan air yang cukup bagi keperluan tumbesaran pokok dan tidak memerlukan kerja penyiraman kerap berbanding di kawasan kering terutama tanah berpasir.

Satu lagi spesies bebawang dari Cuba, Hippcastrum reticulatrum dengan sekuntum bunganya setiap satu pokok boleh ditanam dalam lingkungan bulatan di hadapan pokok Zephyranthes rosca. Pokok ini yang memiliki daun seiras daun kucai hanya mencapai ketinggian sehingga 15 sm dan berbunga selepas musim kemarau panjang.

source :
1) http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Lanskap/20060319101701/Article/
2) http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a57432.htm




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net