Want your
own Fotopage?







 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Nov-2006 06:28 Email | Share | Bookmark
BUNGA TASBIH

BUNGA TASBIH / Canna orientalis
BUNGA TASBIH / Canna orientalis
BUNGA TASBIH / Canna orientalis




BUNGA TASBIH
Canna orientalis

POKOK bunga tasbih, tumbuhan berbatang lembut atau nama botaniknya Canna orientalis dari keluarga Cannaccac adalah pokok hiasan yang boleh ditanam di kawasan taman. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Ia memiliki daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air.

Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya.

Apapun, bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman.

Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.

Tumbuhan herba ini boleh dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun atau rizomnya. Subur di kawasan yang lembap tetapi memerlukan cahaya matahari yang terik untuk membantu proses pembungaan.

Tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pokok latar belakang, menggunakan kaedah penanam kelompok, berbaris atau dalam satu gabungan dengan spesies pokok hiasan lain yang sesuai.

Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabilc dari keluarga Amaryllindaccac.

Dalam pada itu, pokok bawang bakung adalah tumbuhan herba yang memiliki daun berbentuk pedang sepanjang kira-kira 80 sentimeter bagi daun matang dan ada alur pada bahagian tengahnya. Ia juga sesuai untuk dijadikan hiasan kawasan taman.

Source : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Lanskap/20060319101701/Article/




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net