BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Oct-2006 00:31 Email | Share | Bookmark
SENDUDUK / Straits Rhododendron

SENDUDUK / Straits Rhododendron
SENDUDUK / Straits Rhododendron
SENDUDUK / Straits Rhododendron

Senduduk Unggu yang selalu dijumpai di tanah-tanh terbiar..


Rasa bertuah kerana terjumpa Senduduk Putih..


SENDUDUK
Straits Rhododendron
(Melastoma malabathricum)

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal atau kawasan terbiar dan berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m.Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.

Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan.Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.

Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

source :-
1) http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=60
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Senduduk



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net