BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Sep-2006 00:51 Email | Share | Bookmark
MISAI KUCING

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)




MISAI KUCING
(Orthosiphon stamineus, Benth)

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi.

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Source :
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Misai_Kucing
2) http://www.mardi.my/herba1/misai.html




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net