Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Aug-2006 05:44 Email | Share | Bookmark
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 49

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)
Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)



BUNGA RAYA
Hibiscus
Magnoliopsida

Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.

Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Spesis Bunga Raya

Genus Hibiscus mengandungi lebih kurang 300 spesis termasuk tanaman ornamental, sayuran, tanaman ubatan dan pokok hutan:

Hibiscus rosa-sinensis
Bunga Raya , Shoe Flower.
Mengandungi lebih kurang 75 hybrid yang boleh ditanam di tropika antaranya termasuk Bunga Kebangsaan Malaysia seperti : Siti Hasmah, Clan McEilvary, Scarlet Giant, Norman Lee, Natal, Duplex, Red Parasol, Madonna, John F. Kennedy, Pink Wings dan lain-lain.

Hibiscus mutabilis
Rose of Sharon, Cotton rose Hibiscus, Changeable Rose Mallow
Ketinggian mencapai 2-3 m. Daunnya berbulu, bunga besar berlapis, berwarna putih di waktu pagi, bertukar merah jambu di tengahari dan akhirnya merah menjelang petang.

Hibiscus esculentus
Okra atau bendi yang dibuat sebagai sayuran.

Hibiscus abelmoschus (H. manihot)
Musk Mallow, Musk Seed, Kapas Hutan
Kapas hutan boleh mencapai ketinggian 1 ke 1.5m., bunga warna kuning.

Hibiscus tiliaceus
Timur Hibiscus, Beach atau Sea Hibiscus, Tree Hibiscus.
Pokok yang boleh mencapai tinggi 7 – 10m. kebanyakan hidup di bahagian pantai dengan bunga warna kuning sebelum bertukar ke merah oren sebelum gugur.

Hibiscus schizopetalus
Coral Hibiscus, Japanese Lanterns
Bunga merah, tergantung dari axil daun dengan tepi petal berenda.

Hibiscus syriacus
Syrian Ketrina.
Bunganya berwarna lilac atau kebiruan, kadangkala dalam ‘single form’, kadang ‘double form’. Ditanam sebagai pokok pagaran di Selatan Eropah , tidak sesuai di iklim Malaysia.

Malvaviscus conzatii
Turk’s Cap
Bunganya istemewa kerana ia tidak kembang sebalik sentiasa kuncup dan terbika sedikit dalam warna merah atau pink.

Hibiscus moschentos
Rose Mallow
Bunganya besar 13 – 20 cm lebar, dalam warna-warna pink, merah atau putih.

Hibiscus macrophyllus
Tutor
Boleh di jumpai di hutan sekunder Malaysia, kayunya dibuat mainan kanak-kanak. Fibre dari batang diguna untuk membuat tali.

Hibiscus sabdariffa
Roselle, Red sorrel, Asam Susur
Pokok ini di percayai berasal dari Afrika. Keistimewaan pokok ini kerana kaliksnya yang di proses untuk pembuatan kordial minuman dan perasa dalam bahan makanan.

Hibiscus acetosella
Red – leaf Hibiscus.
Berasal dari Afrika tetapi telah banyak ditanam di Malaysia. Daun dan batangnya berwarna merah magenta.

Hibiscus rockii
Rock’s Hibiscus
Dijumpai di pulau Kauai, Hawaii. Bunganya kuning dengan merah di tengah-tengah dan hanya berkembang di petang hari.

Hibiscus kokio Pukoonis
Juga berasal dari Hawaii dengan bunga warna merah pekat. Ia sukar di temui dan di wartakan sebagai tumbuhan terkawal.

Hibiscus brackenridge
Spesis asal dari Hawaii berwarna kuning terang

Hibiscus youngianus
Spesis asal dari Hawaii dengan bunga berwarna lavender.

Hibiscus arnottianus
Wilder’s White
Spesis asal dari Hawaii yang sangat popular kerana darinya banyak variti yang terhasil dari pembiakbakaan. Bunganya putih dengan petal tunggal dan berbau harum.

Sources :
1) http://agrolink.moa.my/doa/bdc/kaltivaraya.html
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_raya



ada saya tengok satu jenis bunga raya warna oren kemerah jambuan... dari filamennya kluar bunga raya mini... tahukah tuan bunga raya jenis apa itu??? dalam fotopag siapa entah saya tngok dua tiga hari lepas... Fri 25-Aug-2006 12:10
Posted by:your friendly MUPA MAN izhal@yahoo.com  - [Link]
Wah cantik bunga raya... pink nya pun subtle ajer...
btw, bunga raya yang seperti kat MupaMan ader Rossya lihat di fp Cuyus beberapa entry yang lalu.. barangkali.
Sat 26-Aug-2006 00:31
Posted by:rossya  - [Link]
good info n photo Sat 26-Aug-2006 05:51
Posted by:Digitaldome Frogtography  - [Link]
Selamat Hari Raya...Bunga Raya...oopppss... Hari Kemerdekaan lah... Sat 26-Aug-2006 07:33
Posted by:EDORAS edoras2000@gmail.com  - [Link]
cantik bungenyer.. bagus juga info berkenaan bunger raya niii... kalo tak tu memang tak tau pun... Sat 26-Aug-2006 12:08
Posted by:kak kham  - [Link]
Wow! Info dan gambar yg cukup bagus. Memang tak pernah tahu rupa-rupanya begitu banyak speceis bunga raya ni Sat 26-Aug-2006 13:31
Posted by:Meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
fuhhhhhhhh lawa bunga raya nih, boleh buat ulam ke eh Sun 27-Aug-2006 10:22
Posted by:KNizam  - [Link]
selamat menyambut hari kemerdekaan bro.. Mon 28-Aug-2006 03:44
Posted by:e c a h  - [Link]
selamat menyambut hari kemerdekaan!

re: bang..kenduri kat johor
Mon 28-Aug-2006 06:46
Posted by:Suhaimi™  - [Link]
re: takde makne apa pon abg... mmg tak tau dah nak cakap apa... Mon 28-Aug-2006 07:03
Posted by:e c a h  - [Link]
ermmm mmg lagu ibnor riza tuh..mmg tgh bersedih... Mon 28-Aug-2006 07:15
Posted by:cekya  - [Link]
waaaaa sempoi nie.....merdeka!!merdeka!!merdeka!! Mon 28-Aug-2006 07:49
Posted by:amir  - [Link]
::: askm bro badang wassuup? [huhu] lama tak ke sini..
::: apa2pon selamat hari kemerdekaan..
::: sinonimnyer dengan perayaan 'kebangsaan'
::: bro uploadkan shot2 bunga raya.. beautiful!!!
::: sukee tengok pix no.2 merah menyala pakngah
::: line halus puteh di keliling pix tuh pon menarik
::: tak pi shooting kat merdeka parade nanti bro?
::: acara yg dinanti2kan oleh geng2 aktif fp tuh..
::: [huhu] siti, mawi & ina gak plg merdeka tahun nih
~ keepon shooting bro perkasa!!!
Mon 28-Aug-2006 09:00
Posted by:::: ReActivate :::
wow cantik shot bunga raya ni...info yang bagus seperti biasa...selamat hari merdeka
Mon 28-Aug-2006 10:38
Posted by:Phalinn Ooi  - [Link]
banayk rupanya spesies bunga nie Mon 28-Aug-2006 17:17
Posted by:aeiman's dad  - [Link]
semoga jiwa merdeka sentiasa mekar di hati, bukan hanya pada 31 ogos sahaja Mon 28-Aug-2006 21:48
Posted by:yangmazni  - [Link]
selamat hari merdeka!!!! Tue 29-Aug-2006 03:53
Posted by:aishifu  - [Link]
btol ke komunis penah bom tugu negara...??
saya mmg buta sket pasal sejarah neh...
Tue 29-Aug-2006 12:32
Posted by:ismarizalismail  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.