Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Jun-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
MENGKUDU / NONI (Morinda citrifolia Linn)

Mengkudu / Noni
Mengkudu / Noni
Mengkudu / Noni


Mengkudu
Noni
Morinda citrifolia Linn

Lokasi : Batu 3, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji).

Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai dikawasan tropika. Mengkudu, secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agak sukar ditemui.Di barat mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau buah mengkudu masak menyerupai bau muntah.Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15-20 kaki.Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasa dijadikan kayu api atau bahan bakar.Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.Pucuk mudanya biasa dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A.Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan dikepulauan pasifik selatan, kemudian di China dan India.Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan.Dikepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam.Di malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing 9kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin.Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr Isabella abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi.Sementara itu seorang ahli kimia , Dr. Joseph Bafz pula mendapati mengkudu dapat mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.Cara penggunaan asa buah mengkudu ialah dengan cara mengisar buahnya menjadi jus (untuk di minum) untuk kegunaan luaran pula, buahnya akan disapu pada bahagian yang terlibat.60 % dari kandungan jus mengkudu terdiri dari air menyebabkan ia selamat diminum pada bila-bila masa.Walaupun begitu, mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam dara, untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin, kandungan glukosa dalam darah perlu dipantau selalu kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu rendah ia akan mengakibatkan hipoglisomia yang akan menyebabkan pesakit berada dalam keadaan khayal yang memerbahayakan.



wow..like your fp...good info
thanks 4visiting my fp
Fri 30-Jun-2006 11:54
Posted by:nurainil  - [Link]
Best tips!!! Fri 30-Jun-2006 14:38
Posted by:Edoras  - [Link]
Ada kawan nama Noni,, dah 10 tahun tak jumpe.. baru jumpe kelmarin.. hari ni jumpe lagi Noni kat sini Fri 30-Jun-2006 18:18
Posted by:Rolandhashim  - [Link]
Noni....mcm nama awek ambo dolu dolu la Sat 1-Jul-2006 08:01
Posted by:DR.JUNAIDY monsoonpictures@yahoo.com  - [Link]
mengkudu.. tu noni
ehhe noni ada kat belakang umah
Sat 1-Jul-2006 18:11
Posted by:cuyus  - [Link]
Thanx again for info. Sun 2-Jul-2006 02:58
Posted by:RK  - [Link]
ade jual ke jus mengkudu ni... cam bagus je, nak kena cuba ni... Sun 2-Jul-2006 11:56
Posted by:aisyacan  - [Link]
Rasanya pahit kan? Nice Info Sun 2-Jul-2006 14:41
Posted by:Mazrul |w3.fotopages.com.my|  - [Link]
mengkudu nie bagus khasiat nyer, Tuan badang. Especially Noni Juice...
mahal pulak harga nyer...
Sun 2-Jul-2006 15:04
Posted by:rossya  - [Link]
kalau tumbuhan herba yg nie,....memang baguih,...mengkudu banyak kegunaannya,... Mon 3-Jul-2006 05:50
Posted by:yuddin  - [Link]
eh.. ada nama nn lak kat sini... Mon 3-Jul-2006 06:00
Posted by:nn  - [Link]
ohh ni ke asal jus mengkudu..
memang sedap..
Mon 3-Jul-2006 06:12
Posted by:sam  - [Link]
syiokk baca FP ni pasal dia ada extra notes on the pictures. maklumat2 yg detail la.
Tue 4-Jul-2006 04:43
Posted by:sabishii doraiba  - [Link]
hehe ... selama nie, tau minum je ... x tau plak byk khasiat & kegunaannyer dier info yg menarik Tue 4-Jul-2006 11:32
Posted by:++ FarEast PhotoWorld ++  - [Link]
bagus maklumat ni brader ... kalu boleh jadikan fotopages ni utk cerita & gambar2 pokok2 ubat aaa .. baru ada kelainan dan ummmphh Mon 10-Jul-2006 05:35
Posted by:khairul hafiz SF  - [Link]
Thanks for visiting my FP. Very nice and green, this set. I like! Fri 4-Aug-2006 02:15
Posted by:Johan2  - [Link]
saye kene wat tesis... kalo pasal mengkudu ni cam mane nak wat kajian...kalo ade lagi tumbuhan ubatan yang lain ble x send kat saye...ade kawan saye wat kajian lemak ayam berfungsi merawat lepuhan...okla thank 4 this info Sat 19-Aug-2006 14:22
Posted by:insan khai_maz90@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.