Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Jun-2006 10:39 Email | Share | Bookmark
JARAK / CASTOR BEAN (Ricinus Communis)

JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK / CASTOR BEAN
JARAK
CASTOR BEAN
Ricinus Communis

Lokasi : Jalan Batu Gajah - Tanjung Tualang, Perak.

Nama sains bagi pokok jarak ialah Ricinus Communis. Jarak berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan malah dari segi ekonomi. Minyak yang terhasil daripada biji jarak digunakan untuk menyalakan pelita. Walau bagaimanapun, kepentingan pokok jarak tidak mempunyai pasaran lagi. Tetapi dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional jarak amat penting sekali. Semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat.

Antara kegunaan jarak ialah, daunnya yang segar jika dipanaskan boleh mengubati penyakit gout, reumatisme, sakit kepala, ulser dan sesak nafas. Orang China menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan dihancurkan dan digosok di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Biji jarak juga dijadikan ubat sakit kepala, pekak, tibi, penyakit kulit, berak berdarah, buasir, bengkak-bengkak, penyakit buah pinggang, perangsang buang air besar dan juga merangsang proses bersalin. Akar dan daun digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit.

Di Amerika Tengah, terdapat amalan memakan dua atau tiga biji jarak sebagai perangsang untuk membuang air besar. Minyak yang diperoleh daripada biji jarak juga ditelan sebagai julap. Di Guatemala, biji jarak dicampur dengan turpentin dan ditelan untuk membunuh cacing pita di dalam perut. Di Bahamas dan Caicos, minyak dari biji jarak ditelan untuk mengubati selesema dan juga menjadi tonik bagi kanak-kanak dan ibu yang baru bersalin. Di Trinidad, minyak jarak ditelan oleh ibu yang sedang mengandung dan selepas bersalin untuk merangsang buang air besar. Di Curacao, minyak jarak digunakan sebagai ubat sapu untuk mengubati bengkak-bengkak pada badan. Di Mexico, daun jarak yang telah disalai dilekapkan pada payudara ibu yang menyusui anak untuk merangsang pengaliran susu. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit reumatisme dan tumor yang teruk.

Daun pokok yang segar ini jika dibalut pada kepala boleh melegakan sakit kepala dan demam panas. Selain itu daun yang ditumbuk berguna untuk mengatasi sakit perut dan juga ditampal pada bisul dan kudis. Di Yucatan, daun jarak ditampal pada badan untuk merangsang peluh supaya dapat mengatasi demam panas. Manakala daun yang disapu minyak kelapa atau minyak salad dipercayai boleh mengatasi kejang otot dan bengkak di kaki dengan cara dibalut pada bahagian kaki yang bengkak. Di samping itu ia juga digunakan untuk mengatasi sakit gigi.

Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya. Air rebusan ini juga boleh diminum untuk mengatasi masalah kolon. Di Cuba pula ia digunakan untuk merangsang buang air kecil dan mengatasi masalah kelenjar prostat yang bengkak. Manakala di Jamaica, ia digunakan untuk mengatasi bengkak-bengkak sendi. Di Bermuda pula daun yang ditumbuk lumat di sapu pada gusi yang bengkak.


Sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/norlie.htm


Good Jarak informations. Moga maklumat ini dapat membantu ramai orang di zaman kepentingan bio-tech memberi sinar pembangunan negara kita yang kaya sumber tumbuhan berguna. Mon 19-Jun-2006 04:21
Posted by:pemburu mekon8357@gmail.com
bagus punya info ni........menambahkan general knowledge Tue 20-Jun-2006 06:05
Posted by:yangmazni  - [Link]
wah.. lawa aa bro gambar pokok2 ni...
http://azmeir.fotopages.com
Tue 20-Jun-2006 06:26
Posted by:Azmeir azmeir@hotmail.com  - [Link]
Menarik ni, kenapa tak kekalkan fp ni sebagai fp herba Melayu? bagus sgt kalau dikekalkan ... Tue 20-Jun-2006 06:36
Posted by:khairul hafiz SF  - [Link]
info yang bagus Tue 20-Jun-2006 07:04
Posted by:suhaimi™  - [Link]
Good info, anyway jalan nie nak ke kampung teman nih! Tue 20-Jun-2006 07:53
Posted by:suecute  - [Link]
Good efforts badang. Hope to see more webs / fotopages
yg provide good infos macam ni. Keep up the good works
Tue 20-Jun-2006 08:13
Posted by:Azam  - [Link]
learn something new today...very gud info.. Tue 20-Jun-2006 08:23
Posted by:Sha  - [Link]
suka suka saya suka,,saya suka nengok gambar pokok/bunga2,,tak bnyak fp style camneh,, Tue 20-Jun-2006 10:39
Posted by:tensic  - [Link]
menariknye idea!
and thanks for visiting
Tue 20-Jun-2006 13:19
Posted by:txh62  - [Link]
ade sikit mcm daun ganja pun ade...ingat masa kecik2 dulu main dgn getah daun jarak ..buat ubat sakit gigi...he...he. .TQ for the INFO Tue 20-Jun-2006 17:46
Posted by:DR.JUNAIDY monsoonpictures@yahoo.com  - [Link]
hmm.. info yg sangat berguna.. visual (gambar) pun menarik.
re: thanks, boleh la.. tapi macro tu ciput je kalau compare dengan macro DSLR nye macro, memang kena bungkus aku..
Wed 21-Jun-2006 01:13
Posted by:sam  - [Link]
Konsep tumbuh2an.. mmg menarik n informative Wed 21-Jun-2006 05:56
Posted by:Rolandhashim  - [Link]
Lama dah tak tengok tumbuhan ini.... ANyway, found that very informative and thanks for sharing the knowledge. Wed 21-Jun-2006 07:54
Posted by:jemster  - [Link]
Thanks badang, wah banyak good info kat fotopages nih....syabas Wed 21-Jun-2006 08:18
Posted by:ArazzsRazwill  - [Link]
nice natural greens. Siapa kata kita perlu dslr kan? Welcome to the nonSLR world Thu 22-Jun-2006 06:48
Posted by:RM touchrmgo@yahoo.com  - [Link]
->suecute ni mesti orang Tanjung Tualang... Thu 22-Jun-2006 10:08
Posted by:badangperkasa  - [Link]
wow, ni kali pertama i know bout his plant. Thu 22-Jun-2006 13:42
Posted by:Halamanku  - [Link]
Dah boleh buku kan info dan gambar nih. Teruskan usaha anda Thu 22-Jun-2006 14:44
Posted by:Mazrul | W3.fotopages.com.my|  - [Link]
Tak tahu pulak nama dia Castor Bean.... Thu 22-Jun-2006 15:04
Posted by:Edoras edoras2000@gmail.com  - [Link]
baru ler tahu nama nyer arini.. tnz badang .. very informative. Fri 23-Jun-2006 00:12
Posted by:rossya  - [Link]
suka la,....bukan senang kita nak tahu,..khasiatnya sesuatu pokok tu kalau malas bertanya kat org tua2,....bagus la kau bagi info cam ginie,..... Fri 23-Jun-2006 08:13
Posted by:YUDDIN  - [Link]
memang tak tau nama tumbuhan ni...dan rasanya..tak pernah nampak lagi kat mana².... Fri 23-Jun-2006 10:23
Posted by:Suzane  - [Link]
wahhh... green gOOd for eyesight...tkz for sharing it! Fri 23-Jun-2006 15:53
Posted by:.:: diella ::.  - [Link]
lawa sgt, n very informative too..
ooh, ni bkn slr eh? gune camera ape eh.. nk beli camera, ade recommendation x?
Fri 23-Jun-2006 20:48
Posted by:ira whoami2uu@hotmail.com  - [Link]
hijau habis entry ni...great shots...good info
Sat 24-Jun-2006 02:01
Posted by:Phalinn  - [Link]
Bagus betul maklumat ni. nanti dah byk2 boleh bikin buku sebijik. Cam ni baru la tau camne pokok Jarak ni, biasanya tengok minyak dia je. Sat 24-Jun-2006 03:30
Posted by:Red  - [Link]
angle yang baik .. Sat 24-Jun-2006 12:52
Posted by:korok  - [Link]
bang..kasik daun baru plak..hehe Sat 24-Jun-2006 14:37
Posted by:suhaimi  - [Link]
emmm bagus ni...
good info
tab
http://tirmidzi.fotopages.com
Sat 24-Jun-2006 20:08
Posted by:tab tab_tirmidzi@yahoo.com  - [Link]
cmane nk tau psl pokok ni ngan lokasi die kat perak ek? kna buat projek psl emnde nih..tolong2 Tue 25-Jul-2006 09:30
Posted by:me ainulnabil@hotmail.com
apiek aku suka Fri 10-Nov-2006 11:38
Posted by:hanna hanna_meonk@yahoo.com
Numpang tanya yah bapak2 sekalian, apakah biji dari tanaman castor ini = biji karet yg sering diadu oleh anak2 masa lalu (th 1970 - 1980an)? Mon 25-Jun-2007 07:54
Posted by:Ken
subhanallah... thanx fotonya. sedang butuh sekali ni suqron y bang. semoga barokah.... Tue 10-Jul-2007 22:36
Posted by:erma erma_nurmalia@yahoo.com
Kalau bisa masukin gambar anatomi ricinus communis dunx om, .. Mon 22-Oct-2007 08:53
Posted by:Violetta abcd@yahoo.com
Kalau bisa masukin gambar anatomi ricinus communis dunx om, .. Mon 22-Oct-2007 08:54
Posted by:Violetta abcd@yahoo.com
Kalau bisa masukin gambar anatomi ricinus communis dunx om, .. Mon 22-Oct-2007 08:54
Posted by:Violetta abcd@yahoo.com
INFO YANG SANGAT BAGUS...................... BERGUNA UNTUK KAMI Thu 14-Feb-2008 04:40
Posted by:ITA
ASM, adakah usaha penanaman secara kebun atau komersial di negara kita Tue 26-May-2009 14:33
Posted by:Razali zali@mardi.gov.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.