BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Aug-2009 22:21 Email | Share | Bookmark
Selamat Menunaikan Ibdah Puasa

Bubur Lambuk Lambuk Kampung Baru






Semalam selepas saja menghantar anak saya ke Hentian Putra untuk pulang ke Terengganu, sebelum balik kerumah saya sempat 'melencong' ke Masjid Jamek Kampung Baru. Bukan apa, sekadar ingin meninjau proses penyediaan Bubur Lambuk yang popular itu.

Saya meminta kebenaran dari petugas yang ada untuk merakamkan proses penyediaan Bubur Lambuk itu, dan dibenarkan masuk kekawasan dapur oleh Tukang Masak kedua Masjid Jamek Kampung Baru tersebut.

Waktu saya tiba diperkarangan Masjid, aroma dari bahan2 yang sedang ditumis sungguh kuat sekali. Ketika itu Tuan Haji Soid (Ketua Tukang Masak) sedang menyediakan satu dari sembilan periuk Bubur Lambuk yang beliau akan sediakan untuk hari itu.

Kedatangan saya disambut baik oleh Encik Masrun Saidi atau lebih mesra dengan panggilan Pakcik Yon sahaja dikalangan masyarakat Kampung Baru. Beliau berusia 55 tahun, dan telah mula memasak untuk Masjid Jamek Kampung Baru sejak 12 tahun yang lalu.

Dalam masa 1jam 45minit proses penggambaran bersama Pak Yon di dapur Masjid Jamek Kampung Baru, kami tidak habis berbual tentang proses penyediaan Bubur Lambuk tersebut. Pak Yon nampaknya memang tidak lokek kan ilmu yang dimilikinya. Beliau memberitahu saya tentang bahan2 yang digunakan untuk menyediakan Bubur Lambuk, dari rempah ratusnya hinggalah kepada kandungan santan, beras, daging dan lain2.

Ketika sessi pengambaran Pak Yon sedang mengendalikan 3 periuk untuk peneyediaan Bubur Lambuk. Menurut Pak Yon, setiap satu periuk akan dimasak dengan 15kg Beras, 6kg Santan, 1kg Minyak Sapi, 1kg Minyak masak, 6 jenis rempah ratus yang mengandungi Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Halba, Buah Pelaga, Bunga Cengkih & Jintan Manis,Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia. Lada Hitam sebanyak 300g digunakan selepas sahaja beras menjadi kembang dan mula patah. Selain dari bahan2 tersebut, Udang Kering sebanyak 1kg juga digunakan. Sebagai 'garnishing' Daun Sup & Daun Bawang sebanyak 1kg ditaburkan diatas Bubur Lambuk tersebut. Proses penyediaan satu periuk Bubur Lambuk mengambil masa 1 setengah jam. Kira2 antara 230~250 bungkus bubur lambuk dihasilkan bagi setiap periuk.

Menurut Pak Yon lagi, bagi individu yang berniat untuk bersedekah Bubur Lambuk bayaran caj barang2 seperti beras, santan dan lain2 termasuk upah sebanyak RM450.00 dikenakan.

Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua rakan2 fotopages.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net