Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Jun-2009 18:07 Email | Share | Bookmark
Masjid Besi, Putrajaya

Masjid Besi, Putrajaya
Masjid Besi, Putrajaya



Masjid Besi atau juga dikenali sebagai Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.[1]

Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi

Saya diberitau Masjid Besi dah dapat nama : Nama Masjid ini Masjid Sultan Mizan (tak berapa pasti)

Salam sahabatku
Wah! Sebuah lagi masjid muncul di atas muka bumi
Masjid yg mempunyai ciri-ciri istimewa
Tak sabar nak tunggu ianya dibuka
Fri 12-Jun-2009 23:25
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Hehehe... juga x sabar rasanya nak visit selepas baca keterangan uols ni. Fri 12-Jun-2009 23:55
Posted by:Layman  - [Link]
menarik ni....belum jumpa masjid nie..dan belum sampi ke sana lagi..Presint 3 ye.. Sat 13-Jun-2009 11:56
Posted by:imazam
Dah nak siap rupanya
Pernah snap masa baru dalam pembinaan - Sept 2007
http://pemancingikan.fotopages.com/?entry=1296057
Sat 13-Jun-2009 13:45
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
bertuah rasernyer jadik rakyat malaysia nie,cntik aman sumer pn ader,bertambah ramai ler org luar nk dtg sini........hu.......hu........ Sun 14-Jun-2009 11:39
Posted by:FahdFaisal fahdfaisal78@yahoo.com  - [Link]
>> masjid besi...?
>> tak tahu pula ada masjid ni...
>> kena check it out ni...
Sun 14-Jun-2009 18:50
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sOrRy To LEavE THIS JunK...
PROMOTION!!
tHiS iS tHE BEST wAy aNYwAY..
Tue 16-Jun-2009 08:47
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
unik sungguh masjid besi ni....... Tue 16-Jun-2009 12:10
Posted by:baayah  - [Link]
satu lagi fakta bro - akan ramai la photog bawak wedding couple amik gambar kat situ Sat 20-Jun-2009 08:20
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Wow! Cantiknyer masjid besi tu.. mesti kebal kan haa.... Sun 21-Jun-2009 07:15
Posted by:Meh ar tgk FP saye pixlensa@gmail.com  - [Link]
mmg namanye masjid besi ye... unik Sun 21-Jun-2009 13:04
Posted by:maya amir  - [Link]
masjid sekarang mang cantek-cantek..beso-beso lak tu...tapinya....fungsi nya tak macam dulula...kadang-kadang tersergam indah..banyak masjid saya rasa macam satu pembaziran pulak...ialah makmumnya tak pernah penuh!!! Sat 27-Jun-2009 02:16
Posted by: ShahRose  - [Link]
tak pernah tau pun....
ni baru aku tahu...
Sat 27-Jun-2009 10:18
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
Masjid besi mula dibuka untuk solat jumaat 21-8-2009 harap maklum Mon 17-Aug-2009 15:20
Posted by:maesala
Maaf, drpd sumber rasmi, Masjid ini akan mula digunakan untuk solat Jumaat pada 4 September. Tapi malam di dah mula dgn solat tarawih. Marilah datang beramai2 beribadat sambil menikmati keindahan masjid ini. Fri 21-Aug-2009 08:11
Posted by:ikhwansharif ikhwan@spr.gov.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.