Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Jun-2009 07:20 Email | Share | Bookmark
Bila Orang Kurang Siuman Cuba Membunuh Diri..

 
 
 
Kebetulan hari ini cuti dan tidak kemana2 hanya bersantai dirumah. Tiba2 sebuah jentera bomba lalu dihadapan rumah dengan laju sekali seolah2 ada hal kecemasan sedang berlaku. Rupa2nya seorang lelaki India berusia dalam lingkungan pertengahan 30an cuba untuk membunuh diri sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, saya terus mencapai kamera dan ketempat kejadian. (Hanya dihadapan rumah)

Walaubagaimanapun cubaan lelaki itu gagal apabila pihak Polis dan Bomba tiba tepat pada waktunya sebelum beliau melakukan perkara2 yang lebih merbahaya lagi. Lelaki itu yang dipercayai kurang siuman, telah mengugut ibunya untuk terjun dari rumah.

Lelaki itu juga mendakwa dia memiliki asid akan menyerang anggota polis, jika mereka menghampirinya. Lelaki itu kemudiannya terjun dari rumahnya di tingkat satu kawasan perumahan Medan Cahaya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Dia mengalami kecederaan dikaki dan akhirnya berjaya ditahan oleh Polis. Ibunya sebelum itu telah membuat lapuran polis di Pondok Polis Taman Medan tentang ke''agresifan'' anaknya kerana tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Lelaki tersebut kemudiannya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia untuk rawatan lanjut.











Syukur tiada kehilangan jiwa yang berlaku..


>huhhhh.. abg badang jadi reporter plak hari tu yekkk... india tu tak marah ke ambik gambor dia?
>macam2 hal lah skrg ni.. sy kalau citer pasal bunuh diri ni naik seram dibuatnya... kat apartment yg sy tinggal skrg pun dah ada 2 kes bunuh diri tp sumer warga asing la.. (setakat yg sy tau lah kan..)... 1 kes tu kena plak bangunan rumah sy... kalau lalu blk mlm2 tu seremmm la jugakk...
>umah flat tu macam sy penah pegi ajelah... heheh.. ada kawan dok situu
Wed 10-Jun-2009 05:47
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
kalu asid2 ni selalu kaum india suka guna...macam saya duk kat pakistan dulu ..kalau tengok kat spital kes curah asid ni macam dah jadi perkara biasa...esp kes cemburu..memang menakutkan...flat abang badang snap tu macam familiar je.... tul kata kak ma di ha tu... Wed 10-Jun-2009 07:06
Posted by:shahrose76  - [Link]
dalam hadith ada nabi kata sesiapa yang bunuh diri dengan cara tertentu, di dalam neraka nanti dia akan mengulangi perbuatan bunuh dirinya itu berkali-kali dengan penuh siksa.

Entryku kali ini;

Masuk ke hutan berbaju celoreng
Pelanduk lalu di depan mata
Bising umpama bertih digoreng
Dilapang sasar beradu kita
Wed 10-Jun-2009 14:44
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Dalam akhbar SInar ada keluar news ni, tapi lapuran lewat.....tapi En.Zul punya news lagi best dan semasa..syabas!! Mon 15-Jun-2009 00:07
Posted by:zainzubir  - [Link]
tu rumah flat kt taman medan ye.......
adik ipor kita ada duk kt situ.....
Tue 16-Jun-2009 12:07
Posted by:baayah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.