BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Jan-2009 05:27 Email | Share | Bookmark
Aku Yang Dalam Kesakitan...



(Gambar Ihsan Sham Stayer-KLfm)

Ini lah aku ketika dalam kesakitan. Tak sangka pulak pentup tirai tahun 2008 ni aku habiskan masa di katil hospital. Dari 16 Disember 2008 sehingga 27 Disember 2008, 2 minggu di hospital rasanya seperti di penjara walau orang lain bebas bergerak kesana kemari, aku hanya diatas katil. Tiada selera makan dan tidak bermaya. terbaring dan mengharapkan bantuan untuk bergerak. Selepas keluar wad, 2 minggu pulak terlantar dirumah. Sebulan tidak melihat dunia luar..

21 Januari 2009, sekali lagi aku dimasukkan ke hospital. Kali ini aku mengalami beberapa komplikasi. Segala sendi2 ditubuhku terasa sakit. Aku menjangka serangan gout, malangnya jangkaan aku meleset apabila doktor menyatakan simtom yang aku alami ini lebih kepada CHIKUNGUNYA. Aku dibenarkan keluar dari hospital pada 5 Februari 2009 setelah 16 hari disana. Walaubagaimanapun aku belum sihat sepenuhnya kerana masih mengalami lemah2 otot di bahagian sendi.

Terimakasih kepada kawan2 yang telah mendoakan kesejehateraan aku ketika terlantar di Hospital. Terimaksih juga kepada yang sudi meluangkan masa datang menjenguk di Hospital, yang menghulurkan buah tangan dan sumbangan. Semoga Allah memberi rahmat dan berkat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Chikungunya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net