Want your
own Fotopage?






 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Mar-2008 09:38 Email | Share | Bookmark
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Hari Sabtu lepas baru saya terperasan yang pokok Jarum Tujuh Bilah saya sudah mengeluarkan putik bunga. Apa yang menghairankan saya ialah bunganya berwarna Ungu tidak seperti kebiasaannya berwarna Peach ataupun Orange. Saya mengagak mungkin ini dari spesies yang berlainan. Setelah saya mencari di internet saya rasa spesis ini dikenali sebagai Pereskia-grandifolia



Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 hingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dalam kumpulan kaktus yang merupakan pokok kecil yang boleh mencecah ketinggian 3 hingga 6 meter. Mempunyai bunga yang berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yang pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yang sangat tajam pada batangnya (sama seperti kaktus). Yang menariknya, jarum yang terdapat pada sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yang menerangkan dengan jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Source : http://www.tribunputra.upm.edu.my/tribun_putra/baru.php?subaction=showfull&id=1104223638&archive=1107142439&start_from=&ucat=13&go=archives

Spesis
Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
Pereskia aculeata var. rotundifolia
Pereskia aureiflora
Pereskia bahiensis
Pereskia bleo
Pereskia colombiana
Pereskia corrugata
Pereskia cubensis
Pereskia diaz-romeroana
Pereskia godseffiana
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia var. violacea
Pereskia guamacho
Pereskia horrida
Pereskia humboldtii
Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
Pereskia lychnidiflora
Pereskia marcanoi
Pereskia nemorosa
Pereskia philippi
Pereskia portulacifolia
Pereskia quisqueyana
Pereskia sacharosa
Pereskia stenantha
Pereskia subulata
Pereskia vargasii
Pereskia vaugasii var. longispina
Pereskia weberiana
Pereskia zehntneri
Pereskia ziniiflora
Pereskia zinniaefolia


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net