BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Mar-2008 09:38 Email | Share | | Bookmark
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Hari Sabtu lepas baru saya terperasan yang pokok Jarum Tujuh Bilah saya sudah mengeluarkan putik bunga. Apa yang menghairankan saya ialah bunganya berwarna Ungu tidak seperti kebiasaannya berwarna Peach ataupun Orange. Saya mengagak mungkin ini dari spesies yang berlainan. Setelah saya mencari di internet saya rasa spesis ini dikenali sebagai Pereskia-grandifolia



Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 hingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dalam kumpulan kaktus yang merupakan pokok kecil yang boleh mencecah ketinggian 3 hingga 6 meter. Mempunyai bunga yang berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yang pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yang sangat tajam pada batangnya (sama seperti kaktus). Yang menariknya, jarum yang terdapat pada sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yang menerangkan dengan jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Source : http://www.tribunputra.upm.edu.my/tribun_putra/baru.php?subaction=showfull&id=1104223638&archive=1107142439&start_from=&ucat=13&go=archives

Spesis
Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
Pereskia aculeata var. rotundifolia
Pereskia aureiflora
Pereskia bahiensis
Pereskia bleo
Pereskia colombiana
Pereskia corrugata
Pereskia cubensis
Pereskia diaz-romeroana
Pereskia godseffiana
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia var. violacea
Pereskia guamacho
Pereskia horrida
Pereskia humboldtii
Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
Pereskia lychnidiflora
Pereskia marcanoi
Pereskia nemorosa
Pereskia philippi
Pereskia portulacifolia
Pereskia quisqueyana
Pereskia sacharosa
Pereskia stenantha
Pereskia subulata
Pereskia vargasii
Pereskia vaugasii var. longispina
Pereskia weberiana
Pereskia zehntneri
Pereskia ziniiflora
Pereskia zinniaefolia


Wednesday, 12-Mar-2008 09:36 Email | Share | | Bookmark
Back to Nature 1

 
 


Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai
suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu
menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspedisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi
terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
salju fitrah
kerna yang sejati
tiada gentar lagi
terbanglah ke sini
mencari abadi
terbanglah ke mari
mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Tawan bunga tawan taman
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni

Rama-rama?


Semalam masa boring2... Sempat la ambik gambar 2 ekor rama-rama ni kat depan rumah..


Monday, 18-Feb-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
EMPANGAN SEMENYIH (SEMENYIH DAM)

Empangan Semenyih ~ Lake View 1
Empangan Semenyih ~ Lake View 2
Empangan Semenyih ~ Lake View 3
View all 11 photos...






EMPANGAN SEMENYIH

Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah.

Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar. Menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.

Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang


Monday, 4-Feb-2008 06:16 Email | Share | | Bookmark
IGUANA

 
 
 
View all 5 photos...



Iguana is a genus of lizard native to tropical areas of Central and South America and the Caribbean first described by Austrian naturalist Josephus Nicolaus Laurenti in his book Specimen Medicum, Exhibens Synopsin Reptilium Emendatam cum Experimentis circa Venena in 1768. The genus iguana includes two species: the Green Iguana and the Lesser Antillean Iguana.

The word "Iguana" is derived from a Spanish form of the original Taino name for the species "Iwana".

Physical characteristics
The two species of lizard within the genus Iguana possesses a dewlap, a row of spines running down their back to their tail, and a third eye on their head. This eye is known as the Parietal eye, which looks just like a pale scale on the top of their head. Behind their neck are small scales which resemble spikes, known as tuberculate scales. They also have a large round scale on their cheek known as a subtympanic shield.

Sight
Iguanas have excellent vision and can see long distances, shapes, shadows, color and movement. An iguana uses its eyes to navigate through winding threes trees and confusing forests, as well as finding food. They also use visual signals to communicate with members of the same species.

Hearing
An iguana's ear is known as the tympanum. It is the iguana's ear drum and is located right above the subtympanic shield and behind the eye. This is a very thin, delicate part of the iguana, and crucial to its hearing.



Tuesday, 29-Jan-2008 16:46 Email | Share | | Bookmark
Black & White ~ 1

 
 
 
Kenapa hitam putih?
Mungkin dikaitkan dengan hitam putih kehidupan agaknya.


Gambar 1
Lelaki dari seberang ni, berusaha sanggup mengayuh basikal roda tiganya ditengah panas matahari menjual aiskrim demi mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri..


Gambar 2
Lelaki dari Kelantan sedang membakar sate ikan dikerumuni kanak yang ingin menjamah juadah yang dijualnya.


Gambar 3
Wanita berbangsa Tionghua ini, sedang menunggu sebuah pusat kitarsemula dibuka. Bersamanya kelihatan botol2 yang dikutip untuk dijual demi menampung sebuah kehidupan.

Mungkin sedikit masa lagi senario seperti ini tidak dapat dilihat lagi oleh anak cucu kita..

Maksud Al'quran "Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri berusha mengubahnya"


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net