Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Sep-2006 00:51 Email | Share | | Bookmark
MISAI KUCING

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)




MISAI KUCING
(Orthosiphon stamineus, Benth)

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi.

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Source :
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Misai_Kucing
2) http://www.mardi.my/herba1/misai.html



at least pokok yang ni akak tau hehehhe ........ salam ramadhan walaupun dah terlambat sket, sama2lah mengejar keberkatan bulan yang penuh mulia ini Thu 5-Oct-2006 18:12
Posted by:yangmazni  - [Link]
kucing dah nak tumbuh janggut plak bang.. update le Fri 6-Oct-2006 02:23
Posted by:e c a h  - [Link]
:: selamat berpuasa....

>>> http://polini.fotopages.com
Fri 6-Oct-2006 10:07
Posted by:POLINI'S PHOTOGRAPHY  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 24-Sep-2006 01:41 Email | Share | | Bookmark
Perodua Myvi X4

Perodua Myvi X4
Perodua Myvi X4
Perodua Myvi X4
View all 7 photos...




Perodua Myvi X4

Dah lama tak menghantar kereta untuk diservis. Selalunya akan menghantar kereta saya di Autocraft Motor Cariage di Jalan Kilang, Petaling Jaya.

Dalam sebok2 menunggu kereta saya diservis disini, terlihat pula kereta rally Perodua Myvi X4 yang baru sahaja digunakan dalam Felda AAM Malaysian Rally Championship pada 18 - 20 Ogos 2006 yang lalu. Menurut Perodua (dalam laman rasminya) kereta Myvi X4 ini bernadikan enjin 1-litre DOHC dengan Turbo Intercooler dan dilengkapi dengan 4WD. Sempat lah ambik beberapa shot..

http://www.perodua.com.my/rally.php?sub_page=r9


myvi rally ??
gempak seh ~
malaysia boleh ~
Tue 26-Sep-2006 16:26
Posted by:kurang popular ~  - [Link]
whoaaaaaa Wed 27-Sep-2006 00:47
Posted by:zain  - [Link]
untuk pegetahuan semua, kereta ini bukan myvi X4 yang di pandu oleh Kan Chee Hong, tetapi Perodua Myvi 1.6 yand di pandu oleh P.Nandakumar, kereta in baru bertanding dalam Malaysian Rally 2007, malangnya tidak habis Rali kerana masalah elektrikal Sat 18-Aug-2007 01:11
Posted by:rallyboy
View all 12 comments Add comment


Friday, 15-Sep-2006 05:00 Email | Share | | Bookmark
KIAMBANG / Genus Salvinia

Kiambang (Genus Salvinia)
Kiambang (Genus Salvinia)
Kiambang (Genus Salvinia)



KIAMBANG
Genus Salvinia

Kiambang (dari ki, pohon, tumbuhan, dan ambang) merupakan nama umum bagi paku air (familia Salviniaceae) dari genus Salvinia. Tumbuhan ini biasa ditemukan mengapung di air menggenang, seperti kolam, sawah dan danau, atau di sungai yang mengalir tenang.

Kiambang memiliki dua tipe daun yang sangat berbeda. Daun yang tumbuh di permukaan air berbentuk cuping agak melingkar, berklorofil sehingga berwarna hijau, dan permukaannya ditutupi rambut berwarna putih agak transparan. Rambut-rambut ini mencegah daun menjadi basah dan juga membantu kiambang mengapung. Daun tipe kedua tumbuh di dalam air berbentuk sangat mirip akar, tidak berklorofil dan berfungsi menangkap hara dari air seperti akar. Orang awam menganggap ini adalah akar kiambang. Kiambang sendiri akarnya (dalam pengertian anatomi) tereduksi. Kiambang tidak menghasilkan bunga karena masuk golongan paku-pakuan.

Sebagaimana paku air (misalnya semanggi air dan azolla) lainnya, kiambang juga bersifat heterospor, memiliki dua tipe spora: makrospora yang akan tumbuh menjadi protalus betina dan mikrospora yang akan tumbuh menjadi protalus jantan.

Paku air ini tidak memiliki nilai ekonomi tinggi, kecuali sebagai sumber humus (karena tumbuhnya pesat dan orang mengumpulkannya untuk dijadikan pupuk), kadang-kadang dipakai sebagai bagian dari dekorasi dalam ruang, atau sebagai tanaman hias di kolam atau akuarium.

Source :
"http://id.wikipedia.org/wiki/Kiambang"

kiambang pada foto salvinia anda apa nama spesiesnya? apakah Salvinia molesta? Wed 31-Dec-2008 23:27
Posted by:nida shinobu_oshiro@yahoo.co.id
oh jd tnaman kmbng tu bnyak mnfaatny yew Tue 17-Mar-2009 09:54
Posted by:dhai dhai_suska@yahoo.co.id
hi mr perkasa, can u tell me the location to get this kiambang or salvinia? Tue 11-Aug-2009 00:24
Posted by:mei tam_teh@hotmail.com
View all 24 comments Add comment


Monday, 4-Sep-2006 10:04 Email | Share | | Bookmark
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)

JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
View all 6 photos...



JARAK BUNTING (Mal) / JARAK BALI (Indon)
Coral nut / Guatemala rhubarb
Jatropha podagrica

Bahasa Malaysia
Tidak banyak butir2 yang diperolehi tentang tumbuhan ini. Walaubagaimanapun ianya sangat popular dijadikan tanaman hiasan diperkarangan rumah zaman sekarang. Selain daripada penampilan yang ringkas serta penjagaan yang mudah, ia juga sangat cantik dipandang membuatkan ia popular sebagai tanaman hiasan. Batang tumbuhan ini berwarna hijau. Bunganya pula berwarna merah keorenan dan berbentuk seperti batu karang. Tumbuhan ini mempunyai buah berbentuk kapsul dengan garispusat berukuran 2.5-4 cm dan berwarna hijau, apabila matang ia akan bertukar kepada warna perang dan mengeluarkan 2-3 biji hitam.

English
Description
Coral plant is a shrub or small tree with a single trunk, a loose, spreading crown and a typical height in cultivation of 6-10 ft (1.8-3.1 m), although it can grow up to 20 ft (6.1 m) tall. The very distinctive leaves are large, growing up to 12 in (30.5 cm) wide. They are cut deeply into 7-11 narrow lobes with the margins of each lobe themselves dissected into narrow pointed segments. They are dark green above and whitish beneath. The flowers are bright coral red and borne in flat-topped clusters on long stalks held high above the foliage. Coral plant blooms on and off all year long, and especially during hot weather. Most euphorbs have a milky sap that flows from broken stems, but that of coral plant looks more like cloudy water.

Usage
Coral plant is grown for its distinctive large leaves and its flashy red flowers. This is a perfect container plant for a sunny patio or at poolside. The leaves have a strange and unusual tropical look, and coral plant is often grown as a novelty specimen or accent. It is also a welcome shrub in mixed shrub borders and often used in cactus and succulent gardens.

Sources :-
1) http://www.floridata.com/ref/J/jatr_mul.cfm
2) http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/jatropha-p.html


Syabas kepada Badang Perkasa kerana mampu berkarya di samping menyumpang maklumat kepada pengunjung laman ini. Sebenarnya tumbuh-tumbuhan seumpama itu kian pupus ditelan pemodenan yang semakin melapar ( fuhhh bermetafora lak ni )

Selamat Berpuasa Badang.
Mon 25-Sep-2006 12:55
Posted by:Cikgu Nora cikgu.nora@gmail.com  - [Link]
brader badang guna kamera lama lagi kan? yg fuji tuh ke? tgk kat gambar 1st tu...ok gak bokeh dia eh? ke touch-up photoshop tu Sun 15-Oct-2006 07:50
Posted by:angah pak anjang
Alternative fuel source for the fossil fuel by making use of the oil extracted from jatropha curcas seeds, which is then converted into biodiesel for industrial and automotive uses.
Thu 12-Jun-2008 06:58
Posted by:Sharon jatrophasource@gmail.com
View all 16 comments Add comment


Sunday, 3-Sep-2006 15:56 Email | Share | | Bookmark
Jamm@KLfm

Kumpulan Cili
Kumpulan Cili
Kumpulan Jin Bara
View all 10 photos...
Jamm@KLfm






Hari Rabu lepas (30hb Ogos 2006) sempat merakamkan aksi2 artis di Konsert Jamm@Klfm di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur. Konsert anjuran Stesen Radio KLfm ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan. Selain dari persembahan artis ada juga pembacaan Ikrar oleh sahabat2 KLfm


Sebenarnya kita masih belum "bebas" dari belenggu penjajah bila kita buat konsert2 sebegini.... Sun 3-Sep-2006 22:59
Posted by:EDORAS edoras2000@gmail.com  - [Link]
::: [huhu] mmg nampak rawks!!! kaler supeeeeeeeeeerrrbbb..
::: ofcourse the 1st big pix awesomee bro!!! selain kaler, bro berjaya captured
::: most of the lead singer's body.. thats the best thing.. mmg bhgn tersbt
::: sgt diperlukan bagi closeup aksi.. walopon dibuat pada waktu malam,
::: pix masih jelas, bersih & tajam.. canteeeekkk laaa bro [huhu] vote 4 thumbnails
::: no. 1,3,4 cuuuuuunn.. saya kenal gak salah seorg otaii JinBara [hehe] org kg..
::: dulu dia x boyfriend kawan kakak saya [ahaks!]..
~
Thu 21-Sep-2006 14:52
Posted by:::: ReActivate :::
kasiiiiiiii up sama badang perkasa.. keep up the good work... ana caya sama lu Tue 26-Sep-2006 16:29
Posted by:reamiey zain remos@kl.fm
View all 5 comments Add comment


Saturday, 2-Sep-2006 17:12 Email | Share | | Bookmark
Paintball Game

Paintball
Paintball
Paintball
View all 12 photos...





Catatan:
31hb Ogos 2006 yang lepas sempat merakamkan beberapa aksi rakan2 yang mengambil bahagian dalam sukan Paintball yang di adakan di Jalan Selatan (berhampiran Pasar Rakyat) Kuala Lumpur. Seronok melihat aksi2 peserta dari 26 pasukan yang mengambil bahagian.Walaupun sukan ini masih baru di negara kita, sambutannya sangat menggalakkan pada ketika ini.

Paintball History
The history of the paintball gun begins in the early 1970s, when it was used as a tool for marking trees and livestock. In 1981, twelve friends played the first recreational paintball game using these industrial paintball guns on a field measuring over 100 acres.

One of the first names given to the sport that we now call paintball was “The National Survival Game.” This name reflects the nature of paintball as it was first played – a small group of friends getting together in the woods to play total elimination games. Sometimes the friends broke into teams to play each other, but most games were “every man for himself.”

Sources : http://paintball.about.com/od/gametypes/a/gamehistory.htm

Bila pakai topneg tu...teringat mcm cite Friday the 13th...Jason.... Sun 3-Sep-2006 04:47
Posted by:EDORAS edoras2000@gmail.com  - [Link]
paintball eyh? huhu, kene tembak skali tu sakit woo.. pastu serik da nak men.. Fri 8-Sep-2006 14:21
Posted by:ira  - [Link]
::: bro sayapon NAK MAIN JUGAKKKK!!!! waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! [huhu]
::: sonok dengar & tengok org main paintball nih.. nasib baikk kat JB nih ada gak
::: dekat jer dgn tempat kerja, tapi kena carik masa jer laaa.. sedih leerr..
::: saya ada buat plan dgn kekawan opis nak join next year.. insya-Allah..
~ bessshhh laaa bro tengok entry nih.. syokk!!!
Thu 21-Sep-2006 15:17
Posted by:::: ReActivate :::
Add comment


Wednesday, 30-Aug-2006 01:42 Email | Share | | Bookmark
ROTI BENGGALI

Roti Benggali
Roti Benggali
Roti Benggali
View all 4 photos...





ISMAILA BAKERY
(Estd 1928)
No 114, Jalan Transfer
Penang

Kalau anda dari Pulau Pinang, pasti anda tahu dimana Jalan Transfer dan apa yang istimewa disana selain dari Nasi Kandar. Pastinya Kilang roti Ismailia yang terletak berhadapan dengan sebuah Madrasah lama.

Ismaila Bakery is a very famous roti joint in Penang. They supply to most of the roti hawkers in Penang. These are people on bicycles with cabinets attached to the back. The mamak roti sight is one that you rarely see in KL anymore. Anyway, at No 114, Jalan Transfer, Ismailia Bakery was established in 1928. They've been there all this while starting from a humble wooden building which was renovated into the brick buliding it now sports in the mid sixties.

Roti Bengali is an old style roti about three inches wide and six inches long with a dome at the exposed top. I don't know why it's called Roti Bengali as the proprietor is neither a Bengali or from Punjab but whatever it is, this roti can rival any french bread anytime. It has a leathery but soft outer crust but once the bread is sliced, you can smell the engaging aroma of freshly baked flour. It's white bread is soft, moist and fresh. Really delicious! I guess that all those years of experience really shows.

You want to see the kitchen? C'mon.. let's go in and find out what makes this bread Ismalia. The flour is mixed in a huge mixer but the to preserve the quality, the buns are kneaded by handlah. The best thing is that all their roti's are baked in deep old fashioned ovens. And you know what?…. They are still using chopped firewood as fuel to bake the hundreds of roti on metallic trays. Wallau! That explains a lot about Ismailia's delicious bread.

One roti is charged at 80 cents. Normally you don't buy one. It comes in sets of two. For two person's normally four roti is just about enough. You can't eat the bread at Ismailia as they are not a cafe so they will 'tah pao' (wrap) it up nicely for you to scurry home. The thing is they've got two sets of wrappers. If you are not local or new to Ismalia, they will wrap your bread in plastic bags. This absolutely spoils the bread as the moisture condenses on the plastic and ruins the crust. Instead, ask them to wrap your roti in paper wrappers which are more tolerant of the moisture. If you like roti manis, their's share equal praise with all the rest of the roti's.

Eating your Roti Bengali. Sometimes in your busy life, you just need to wind down. Have ready some slices of roast chicken and roast beef , salads, butter, cream cheese, sliced sweet Holland onions, mayonnaise and not forgetting a cup of ice cold coffee. Make a roast chicken sandwich, have a munch and a sip of coffee while watching the sunset from Batu Ferringhi. I think Ismalia has earned Malaysia a grand title. We now have the capability of baking Bread with World Class Standards.

Sources : http://www.friedchillies.com/review.php?id=89




bestnyer... roti benggali... lama tak makan niiiii.... Fri 1-Sep-2006 07:34
Posted by:aisyacan  - [Link]
suka sgt entry ni classic. roti benggali tu lamanyeee tak makan Sat 2-Sep-2006 13:11
Posted by:nurainil  - [Link]
waaaaa tau itu kuala lumpur sahaja sama itu selangor, lain negeri tak tau, pasal saya myanmar mari, melayu cakap pun boleh sikit2 Wed 6-Sep-2006 08:50
Posted by:helen irawan1284@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Friday, 25-Aug-2006 05:44 Email | Share | | Bookmark
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 49

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)
Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)



BUNGA RAYA
Hibiscus
Magnoliopsida

Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.

Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Spesis Bunga Raya

Genus Hibiscus mengandungi lebih kurang 300 spesis termasuk tanaman ornamental, sayuran, tanaman ubatan dan pokok hutan:

Hibiscus rosa-sinensis
Bunga Raya , Shoe Flower.
Mengandungi lebih kurang 75 hybrid yang boleh ditanam di tropika antaranya termasuk Bunga Kebangsaan Malaysia seperti : Siti Hasmah, Clan McEilvary, Scarlet Giant, Norman Lee, Natal, Duplex, Red Parasol, Madonna, John F. Kennedy, Pink Wings dan lain-lain.

Hibiscus mutabilis
Rose of Sharon, Cotton rose Hibiscus, Changeable Rose Mallow
Ketinggian mencapai 2-3 m. Daunnya berbulu, bunga besar berlapis, berwarna putih di waktu pagi, bertukar merah jambu di tengahari dan akhirnya merah menjelang petang.

Hibiscus esculentus
Okra atau bendi yang dibuat sebagai sayuran.

Hibiscus abelmoschus (H. manihot)
Musk Mallow, Musk Seed, Kapas Hutan
Kapas hutan boleh mencapai ketinggian 1 ke 1.5m., bunga warna kuning.

Hibiscus tiliaceus
Timur Hibiscus, Beach atau Sea Hibiscus, Tree Hibiscus.
Pokok yang boleh mencapai tinggi 7 – 10m. kebanyakan hidup di bahagian pantai dengan bunga warna kuning sebelum bertukar ke merah oren sebelum gugur.

Hibiscus schizopetalus
Coral Hibiscus, Japanese Lanterns
Bunga merah, tergantung dari axil daun dengan tepi petal berenda.

Hibiscus syriacus
Syrian Ketrina.
Bunganya berwarna lilac atau kebiruan, kadangkala dalam ‘single form’, kadang ‘double form’. Ditanam sebagai pokok pagaran di Selatan Eropah , tidak sesuai di iklim Malaysia.

Malvaviscus conzatii
Turk’s Cap
Bunganya istemewa kerana ia tidak kembang sebalik sentiasa kuncup dan terbika sedikit dalam warna merah atau pink.

Hibiscus moschentos
Rose Mallow
Bunganya besar 13 – 20 cm lebar, dalam warna-warna pink, merah atau putih.

Hibiscus macrophyllus
Tutor
Boleh di jumpai di hutan sekunder Malaysia, kayunya dibuat mainan kanak-kanak. Fibre dari batang diguna untuk membuat tali.

Hibiscus sabdariffa
Roselle, Red sorrel, Asam Susur
Pokok ini di percayai berasal dari Afrika. Keistimewaan pokok ini kerana kaliksnya yang di proses untuk pembuatan kordial minuman dan perasa dalam bahan makanan.

Hibiscus acetosella
Red – leaf Hibiscus.
Berasal dari Afrika tetapi telah banyak ditanam di Malaysia. Daun dan batangnya berwarna merah magenta.

Hibiscus rockii
Rock’s Hibiscus
Dijumpai di pulau Kauai, Hawaii. Bunganya kuning dengan merah di tengah-tengah dan hanya berkembang di petang hari.

Hibiscus kokio Pukoonis
Juga berasal dari Hawaii dengan bunga warna merah pekat. Ia sukar di temui dan di wartakan sebagai tumbuhan terkawal.

Hibiscus brackenridge
Spesis asal dari Hawaii berwarna kuning terang

Hibiscus youngianus
Spesis asal dari Hawaii dengan bunga berwarna lavender.

Hibiscus arnottianus
Wilder’s White
Spesis asal dari Hawaii yang sangat popular kerana darinya banyak variti yang terhasil dari pembiakbakaan. Bunganya putih dengan petal tunggal dan berbau harum.

Sources :
1) http://agrolink.moa.my/doa/bdc/kaltivaraya.html
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_raya



semoga jiwa merdeka sentiasa mekar di hati, bukan hanya pada 31 ogos sahaja Mon 28-Aug-2006 21:48
Posted by:yangmazni  - [Link]
selamat hari merdeka!!!! Tue 29-Aug-2006 03:53
Posted by:aishifu  - [Link]
btol ke komunis penah bom tugu negara...??
saya mmg buta sket pasal sejarah neh...
Tue 29-Aug-2006 12:32
Posted by:ismarizalismail  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 15-Aug-2006 09:09 Email | Share | | Bookmark

AKAR SERUNTUN (Tinospora crispa )
AKAR SERUNTUN (Tinospora crispa )
AKAR SERUNTUN/ AKAR BAKAWALI
Tinospora crispa



Pokok Bakawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini merupakan pokok menjalar dan terdapat pada pagar-pagar lama dan runtuhan rumah tinggal. Ia mempunyai rasa yang pahit, dan dipercayai dapat memahitkan darah dan boleh mengurangkan gigitan nyamuk.


Quote:
Cakcibao-> Thanks for your guide Bro... Memang ambik gambar ni masa tengahari..
hellikonia-> Yes.. Nama Botaninya pun lain juga..
MamaFaMi-> Boleh MamaFami, tapi sebagai ubatan herba tradisional
rossya-> YW dear..
e c a h -> Memang pahit ECAH..
MUPA MAN -> Bergantung pada keguaannya
aisyacan -> lain.. dan berbeza..
cuyus -> Ha... Jangan salah makan nanti sudah
Meorjay -> Memang betul tu. Selain dari kencing manis boleh dibuat ubat darah tinggi
FarEast PhotoWorld -> menurut orang tua2 kita kena makan lah akar ni. Barulah darah jadi pahit dan nyamuk tak gigit
ujang-> 28~70mm EOS10D
yangmazni -> Over exposed tu
Phalinn Ooi-> Its just like learning NSAID drugs, pelik tapi benar.. boleh hilang kan penyakit

-> ini satu pokok yang dah lama tak nampak ni...masa kecik dulu selalu juga nampak...
-> apapun, nicely done on these shots...
Thu 24-Aug-2006 11:33
Posted by:Jeff  - [Link]
errmmmm takde entry baru?? Fri 25-Aug-2006 03:20
Posted by:e c a h  - [Link]
Akar bakawali sejenis pokok melilit, khabarnya sangat berguna bagi penyediaan ubat-ubat tradisional. Tetapi saya kurang pasti jenis penyakit yang boleh diubat dengan akar bakawali. Rasanya terrrrr-amat pahit. Jangankan nak dikunyah atau dimakan, terkena tanganpun, akan menyebabkan semua makanan yang terpalit menjadi terrr amat pahit. Tapi kalau ubat - pahit-pahitpun telan juga - janji baik. Mon 2-Nov-2009 00:36
Posted by:Kak May maryatilam52@yahoo.com
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 8-Aug-2006 18:11 Email | Share | | Bookmark
ZAHIRAH AFIQAH (IQA)

IQA
IQA
 


IQA

Anak saya yang ke 3. Sempena ulangtahun kelahiran yang pertama yang bakal tiba pada 18hb Ogos 2006..

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." Surah Luqman : 17



::: alahaaiii comelnyerrr.. [huhu] bapak dia comel gak tak?
~
Mon 28-Aug-2006 08:50
Posted by:::: ReActivate :::
pandai posing pic no 3 tu... moga iqa sihat sentiasa Mon 28-Aug-2006 15:48
Posted by:ida_natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
betul kata ayahanda mu tu iqa.jadi anak solehah yee....... Sun 3-Sep-2006 11:31
Posted by:pianoforte wfq67@yahoo.com
View all 32 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.