BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Sep-2008 09:29 Email | Share | | Bookmark
Training at Awana Genting - HR Transformation by Lederonomics

Hari Jumaat lepas (12hb September 2008) sehingga hari Ahad (14hb September 2008) kami menghadiri Kursus/ Latihan yang di panggil 'HR Transformation' di Awana Genting, Genting Highlands, Pahang.

Kursus/ latihan ini khas untuk kakitangan syarikat yang bertugas di Jabatan Sumber Manusia bertujuan untuk mempertingkatkan serta membina semangat berpasukan dan kerjasama, memahami karekter individu, mengenali objektif dan mencapai sasaran, di samping mengubah Paradigma dan Pandangan terhadap Jabatan Sumber Manusia yang sering dianggap sebagai Jabatan Penguatkuasaan di sesebuah agensi/ syarikat.



Ini lah group saya


Makan Time


Waktu beraktiviti


Bukan orang tebusan


Catatan


Antara rakan yang membuat persembahan


Ada Macam Robin Hood tak?


MBTI test


Result


Self Character


The Opposition


Project A


Project A


Wednesday, 10-Sep-2008 09:45 Email | Share | | Bookmark
Long Service Award 2008





Semalam 9hb September 2008, hari ulangtahun Star Publications (Malaysia) Berhad - 'Penerbit Akhbar The Star' yang ke 37 merangkap majikan aku. Dalam Majlis sambutan ulang tahun tersebut, juga diadakan Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Panjang~ tak sure dalam Bahasa Malaysia apa dia (Long Service Award-English) bagi kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun berturut2.

Aku merupakan salah seorang penerima anugerah tersebut. Walaupun sebenarnya usia perkhidmatan telah mencapai ke 16 tahun. Tak sangka juga akan berkhidmat sepanjang tempoh tersebut. Maklumlah sebelum ni kerja sana sini dalam tempoh yang singkat. Mungkin disebabkan oleh faktor usia dan tanggungjawab agaknya aku tak melompat kesana kemari menukar pekerjaan.

Semoga Anugerah ini kan memberi lebih Motivasi untuk lebih berkerja keras untuk memajukan kerjaya dan pembangunan diri.


Monday, 1-Sep-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Hari Kebangsaan ke 51

Pelatih PLKN
Pelatih PLKN
Pelatih PLKN
View all 24 photos...
Semalam sempat juga shoot Perbarisan Hari Kebangsaan ke 51 di Dataran Merdeka. Disebabkan tiada Pas Khas untuk ambik gambar disekitar Padang Kelab Selangor jadi tak de lah gambar2 disekitar Padang dan Pentas VIP.

Gambar2 ini dirakamkan di hadapan Bangunan Persekutuan sebelum perbarisan menuju ke Dataran Merdeka.

Perpaduan Teras Kejayaan telah dipilih sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan ke 51 tahun ini.






















Saturday, 16-Aug-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
Course @ Melia Hotel. Kuala Lumpur.

 
 
 
View all 6 photos...






Khamis dan Jumaat lepas, saya menyertai satu Kursus Pentadbiran anjuran the Learning Group di Melia Hotel, Kuala Lumpur.. Ini gambar rakan2 yang sama-sama menyertai kurusus tersebut. Antaranya Faizal (BNM), Haslina (Bumi Armada), Alice (Techvance), Amy (Cormal), Teguh & Deddy (medco Energy, Indonesia), Bawani & Kal (The Star)- Tiada dalam gambar Linda (Nippon Paint)


Monday, 11-Aug-2008 11:15 Email | Share | | Bookmark
Uji Bakat Bintang P Ramlee 2008

Salwa Abdul Rahman
Salwa dan Azizul Khamis
Dj Azizah Sulaiman, Azizul Khamis & Dj Julia
View all 24 photos...







Hari Sabtu lepas berkelapangan ke Pasar Seni atau lebih dikenali sebagai CM untuk turut serta mengambil bahagian dalam Uji bakat Bintang P Ramlee 2008. Tapi bukanlah sebagai peserta, cuma tukang sibuk yang pegang kamera kesana kemari..

Gambar peserta2 kat kamera lain. Yang ada ni di kamera saya...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net