BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Sep-2006 00:51 Email | Share | | Bookmark
MISAI KUCING

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)




MISAI KUCING
(Orthosiphon stamineus, Benth)

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi.

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Source :
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Misai_Kucing
2) http://www.mardi.my/herba1/misai.html




Sunday, 24-Sep-2006 01:41 Email | Share | | Bookmark
Perodua Myvi X4

Perodua Myvi X4
Perodua Myvi X4
Perodua Myvi X4
View all 7 photos...




Perodua Myvi X4

Dah lama tak menghantar kereta untuk diservis. Selalunya akan menghantar kereta saya di Autocraft Motor Cariage di Jalan Kilang, Petaling Jaya.

Dalam sebok2 menunggu kereta saya diservis disini, terlihat pula kereta rally Perodua Myvi X4 yang baru sahaja digunakan dalam Felda AAM Malaysian Rally Championship pada 18 - 20 Ogos 2006 yang lalu. Menurut Perodua (dalam laman rasminya) kereta Myvi X4 ini bernadikan enjin 1-litre DOHC dengan Turbo Intercooler dan dilengkapi dengan 4WD. Sempat lah ambik beberapa shot..

http://www.perodua.com.my/rally.php?sub_page=r9



Friday, 15-Sep-2006 05:00 Email | Share | | Bookmark
KIAMBANG / Genus Salvinia

Kiambang (Genus Salvinia)
Kiambang (Genus Salvinia)
Kiambang (Genus Salvinia)



KIAMBANG
Genus Salvinia

Kiambang (dari ki, pohon, tumbuhan, dan ambang) merupakan nama umum bagi paku air (familia Salviniaceae) dari genus Salvinia. Tumbuhan ini biasa ditemukan mengapung di air menggenang, seperti kolam, sawah dan danau, atau di sungai yang mengalir tenang.

Kiambang memiliki dua tipe daun yang sangat berbeda. Daun yang tumbuh di permukaan air berbentuk cuping agak melingkar, berklorofil sehingga berwarna hijau, dan permukaannya ditutupi rambut berwarna putih agak transparan. Rambut-rambut ini mencegah daun menjadi basah dan juga membantu kiambang mengapung. Daun tipe kedua tumbuh di dalam air berbentuk sangat mirip akar, tidak berklorofil dan berfungsi menangkap hara dari air seperti akar. Orang awam menganggap ini adalah akar kiambang. Kiambang sendiri akarnya (dalam pengertian anatomi) tereduksi. Kiambang tidak menghasilkan bunga karena masuk golongan paku-pakuan.

Sebagaimana paku air (misalnya semanggi air dan azolla) lainnya, kiambang juga bersifat heterospor, memiliki dua tipe spora: makrospora yang akan tumbuh menjadi protalus betina dan mikrospora yang akan tumbuh menjadi protalus jantan.

Paku air ini tidak memiliki nilai ekonomi tinggi, kecuali sebagai sumber humus (karena tumbuhnya pesat dan orang mengumpulkannya untuk dijadikan pupuk), kadang-kadang dipakai sebagai bagian dari dekorasi dalam ruang, atau sebagai tanaman hias di kolam atau akuarium.

Source :
"http://id.wikipedia.org/wiki/Kiambang"


Monday, 4-Sep-2006 10:04 Email | Share | | Bookmark
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)

JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
JARAK BUNTING (Jatropha podagrica)
View all 6 photos...



JARAK BUNTING (Mal) / JARAK BALI (Indon)
Coral nut / Guatemala rhubarb
Jatropha podagrica

Bahasa Malaysia
Tidak banyak butir2 yang diperolehi tentang tumbuhan ini. Walaubagaimanapun ianya sangat popular dijadikan tanaman hiasan diperkarangan rumah zaman sekarang. Selain daripada penampilan yang ringkas serta penjagaan yang mudah, ia juga sangat cantik dipandang membuatkan ia popular sebagai tanaman hiasan. Batang tumbuhan ini berwarna hijau. Bunganya pula berwarna merah keorenan dan berbentuk seperti batu karang. Tumbuhan ini mempunyai buah berbentuk kapsul dengan garispusat berukuran 2.5-4 cm dan berwarna hijau, apabila matang ia akan bertukar kepada warna perang dan mengeluarkan 2-3 biji hitam.

English
Description
Coral plant is a shrub or small tree with a single trunk, a loose, spreading crown and a typical height in cultivation of 6-10 ft (1.8-3.1 m), although it can grow up to 20 ft (6.1 m) tall. The very distinctive leaves are large, growing up to 12 in (30.5 cm) wide. They are cut deeply into 7-11 narrow lobes with the margins of each lobe themselves dissected into narrow pointed segments. They are dark green above and whitish beneath. The flowers are bright coral red and borne in flat-topped clusters on long stalks held high above the foliage. Coral plant blooms on and off all year long, and especially during hot weather. Most euphorbs have a milky sap that flows from broken stems, but that of coral plant looks more like cloudy water.

Usage
Coral plant is grown for its distinctive large leaves and its flashy red flowers. This is a perfect container plant for a sunny patio or at poolside. The leaves have a strange and unusual tropical look, and coral plant is often grown as a novelty specimen or accent. It is also a welcome shrub in mixed shrub borders and often used in cactus and succulent gardens.

Sources :-
1) http://www.floridata.com/ref/J/jatr_mul.cfm
2) http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/jatropha-p.html



Sunday, 3-Sep-2006 15:56 Email | Share | | Bookmark
Jamm@KLfm

Kumpulan Cili
Kumpulan Cili
Kumpulan Jin Bara
View all 10 photos...
Jamm@KLfm






Hari Rabu lepas (30hb Ogos 2006) sempat merakamkan aksi2 artis di Konsert Jamm@Klfm di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur. Konsert anjuran Stesen Radio KLfm ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan. Selain dari persembahan artis ada juga pembacaan Ikrar oleh sahabat2 KLfm



[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net