BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Saturday, 25-Nov-2006 06:28 Email | Share | | Bookmark
BUNGA TASBIH

BUNGA TASBIH / Canna orientalis
BUNGA TASBIH / Canna orientalis
BUNGA TASBIH / Canna orientalis




BUNGA TASBIH
Canna orientalis

POKOK bunga tasbih, tumbuhan berbatang lembut atau nama botaniknya Canna orientalis dari keluarga Cannaccac adalah pokok hiasan yang boleh ditanam di kawasan taman. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Ia memiliki daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air.

Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya.

Apapun, bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman.

Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.

Tumbuhan herba ini boleh dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun atau rizomnya. Subur di kawasan yang lembap tetapi memerlukan cahaya matahari yang terik untuk membantu proses pembungaan.

Tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pokok latar belakang, menggunakan kaedah penanam kelompok, berbaris atau dalam satu gabungan dengan spesies pokok hiasan lain yang sesuai.

Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabilc dari keluarga Amaryllindaccac.

Dalam pada itu, pokok bawang bakung adalah tumbuhan herba yang memiliki daun berbentuk pedang sepanjang kira-kira 80 sentimeter bagi daun matang dan ada alur pada bahagian tengahnya. Ia juga sesuai untuk dijadikan hiasan kawasan taman.

Source : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Lanskap/20060319101701/Article/




Tuesday, 7-Nov-2006 05:17 Email | Share | | Bookmark
BUNGA CINA / Gardenia augusta

Bunga cina / Gardenia augusta


BUNGA CINA
Gardenia augusta

Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.

Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.

Source : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=8



Friday, 27-Oct-2006 02:52 Email | Share | | Bookmark
RAIHAN

Raihan
Raihan
Raihan
View all 15 photos...




Raihan Biography

Raihan (Fragrance of Heaven in Arabic) is a Malaysian Nasheed group originally composed of five members that took Malaysia by storm with the release of their debut album Puji-Pujian in October of 1996. This group comprised of Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim and Azhari Ahmad as the leader. However, on 29 August 2001, one of the founding members/header, Azhari Ahmad, died of a heart attack shortly after attending the Era Awards ceremony in Genting Highlands, Pahang.

The remaining four members, Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim and Amran Ibrahim have continued releasing album after album. So far, Raihan has released a total of 11 albums and has won many awards in Malaysia. To date, Raihan had won AIM Anugerah Kembara three time for their extensive international tours.

Nazrey Johani recently resigned from Raihan and is replaced by Nordin Jaafar.

Raihan's motto is 'Pray Hard, Work Smart'.

Gambar2 ini dirakamkan pada 16hb Oktober 2006 yang lalu ketika konsert Raihan dalam program jamm@Klfm di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Konsert ini adalah anjuran stesen radio KLfm ~ Rentak Interaktif Kota






Friday, 13-Oct-2006 00:31 Email | Share | | Bookmark
SENDUDUK / Straits Rhododendron

SENDUDUK / Straits Rhododendron
SENDUDUK / Straits Rhododendron
SENDUDUK / Straits Rhododendron

Senduduk Unggu yang selalu dijumpai di tanah-tanh terbiar..


Rasa bertuah kerana terjumpa Senduduk Putih..


SENDUDUK
Straits Rhododendron
(Melastoma malabathricum)

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal atau kawasan terbiar dan berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m.Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.

Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan.Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.

Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

source :-
1) http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=60
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Senduduk



Friday, 6-Oct-2006 05:40 Email | Share | | Bookmark
SIANTAN/ JENJARUM (IXORA)

Siantan / Ixora
Siantan / Ixora



SIANTAN/ JENJARUM
IXORA
Ixora coccinea

Pokok Jejarum ATAU Pokok Siantan juga dikenali sebagai Pokok Pecah Periuk, ialah sejenis pokok renek yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:-
1) Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan
2) Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 - 20 sentimeter panjang, dan 4 - 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 - 10 sentimeter panjang dan 3 - 5 sentimeter lebar.

Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.

English
A fairly small, bushy shrub, usually only 5-10ft tall. There are dwarf varieties that are much smaller. Ixora will flower when only a few inches high. It is commonly used a hedge or small garden plant.

Ixora is too tender to grow outside of the tropics and subtropics. It prefers a warm, humid climate with temperatures rarely dipping below 60F, and has only moderate drought tolerance. Plants grow in shade or full sun.

There are about 150 species of Ixora, the most common being the Ixora coccinea, or "Flame of the Woods," native to Southeastern Asia. Its compact habit, evergreen foliage, and abundance of bright red to orange blooms make it a favorite for hedge and foundation plantings.

During the past several years, new Ixora hybrids have appeared on the market. These varieties are the result of cross-breeding, importing, and hybridizing.* Now Ixora may be obtained in white, pink, yellow, orange, salmon, and rose, as well as red.





[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net