BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 23-Jun-2007 04:58 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday To Me...



24 Jun 2007.... Kalau panjang umur dengan izin Allah sampai hari Ahad ni, genap usia 40 tahun.... , Dalam kehidupan ini bermacam2 perkara kita lalui dan tempuhi. Ada yang manis, ada juga yang pahit, ada yang suka, ada juga yang duka. Segala2nya harus kita tempuhi samaada kita suka atau tidak. Itulah yang dinamakan pengalaman.Pengalaman memang banyak mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih matang. Walaubagaimanapun kematangan berfikir kadang2 tersasar juga oleh emosi. Itulah kehidupan sebenarnya.

Sedikit cerita hidup saya (baca dari bawah dahulu : http://badangperkasa.blogspot.com/2006_01_01_archive.html



Wednesday, 20-Jun-2007 05:13 Email | Share | | Bookmark
Masjid Wilayah Persekutuan

 
 
 
View all 7 photos...


Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid Wilayah Persekutuan terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur dibina di atas kawasan seluas 13.4 hektar (33ekar). Masjid ini telah diserahkan kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 4 September 2000.

Masjid ini telah direkabentuk dan diselia sepenuhnya oleh JKR Malaysia. Keluasan masjid adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Masjid empat tingkat ini, mampu menampung sebanyak 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid yang unik dan pelbagai fungsi ini, direkabentuk sebagai pusat keagamaan, pendidikan, dan aktiviti-aktiviti sosial selain sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.

Konsep Rekabentuk, Seni bina dan Kemasan
Seni bina masjid ini adalah berdasarkan lukisan semula Masjid Othman yang penuh dengan sejarah kegemilangan pada kurun ke-16. Terdapat 22 kubah termasuklah kubah utama, beberapa kubah-separuh, kubah semi bulat dan dan beberapa kubah kecil. Kubah utama berdiameter 30 meter dengan ketinggian 45 meter dari aras lantai Dewan Solat Utama. Dewan solat utama, dewan serbaguna dan asrama dilengkapi dengan sistem hawa dingin. Masjid ini juga dilengkapi dengan sistem pemadam-kebakaran, perkhidmatan lif ke tingkat 4, dan eskalator yang menghubungkan tingkat 1 dan 3.

Lanskap
Konsep lanskap bagi masjid ini ialah, masjid dalam taman istana yang berunsurkan keislaman. Taman yang menarik, melengkapkan masjid sebagai pusat pendidikan, kajian dan rekreasi. Masjid yang dikelilingi kolam air menimbulkan suasana nyaman, tenteram dan tenang. Kawasan masjid juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dan pancutan air. Pelawat akan tertarik dengan keindahan pelbagai spesis bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sini.




Wednesday, 13-Jun-2007 09:07 Email | Share | | Bookmark
Millennium Monument (Monumen Alaf Baru)- Putrajaya, Malaysia

Menuju Puncak
Entrance
Rukun Negara
View all 7 photos...


Monumen ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B Perdana Menteri ke-4 iaitu Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamed pada 30 Ogos 2003. Majlis perasmian disempurnakan dengan upacara perletakan 'Perutusan Khas Y.A.B Dato Seri Mahathir bin Mohamed' di dalam kapsul masa di tapak Monumen.

Perutusan Khas ini hanya akan dibaca pada tahun 2020 nanti. Y.A.B. Perdana Menteri juga telah menandatangani plak khas bagi mengingati upacara bersejarah ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu dan beberapa orang Menteri Kabinet serta isteri masing-masing.

Monumen Alaf Baru Kebangsaan merupakan monumen kebangsaan yang pertama dibina di Putrajaya. Pembinaannya diilhamkan untuk mendokmentasikan sejarah kegemilangan negara melalui rekabentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan negara.

Monumen ini akan menjadi penghubung untuk generasi muda memahami sejarah perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pemimpin negara untuk dijadikan pendorong bagi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Monumen yang diasaskan daripada bentuk Bunga Raya ini mempunyai ketinggian 68 meter. Tiang utamanya mempunyai diameter yang berbeza iaitu dari 3 meter di bahagian tapak, 4 meter di bahagian tengah dan seterusnya meruncing hingga ke puncaknya. Bahan utama bagi pembinaan monumen ini adalah tiub besi waja yang diperkukuhkan dengan struktur-struktur besi waja. Keseluruhan struktur ini akan dillindungi oleh 'aluminium cladding' yang dikhaskan dengan ukiran yang menggambarkan detik-detik penting di dalam sejarah negara.

Monumen ini terletak di dalam taman seluas 26 hektar di Presint 2, Putrajaya. Lokasinya di pinggiran tasik, menyerlahkan keunikan dan keindahan rekabentuk monumen ini. Pada malam hari, cahaya lampu suar (beacon light) menjadikan monumen ini kelihatan lebih indah dan dapat dilihat dari jauh. Monumen Alaf Baru Kebangsaan ini dapat dikunjungi dengan mudah melalui jalan darat dan juga dari tasik dengan menggunakan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuklah restoran yang boleh memuatkan seramai 100 orang, promenad pinggir tasik, kiosk maklumat, tempat meletak kereta dan bas persiaran, wakaf dan tandas awam.

Pembinaan monumen ini telah dimulakan pada bulan Julai 2002 dan siap pada bulan Ogos 2003.

1. Hubungan Symbolik Kebangsaan
Bunga Raya Kebangsaan dipilih sebagai rekabentuk 'metaphor' untuk membentuk konfigurasi monumen

2. Hubungan Kebudayaan
Warna dan tekstur monumen diadaptasikan daripada artifak tepak sirih yang menjadi lambang sebahagian daripada asas Kebudayaan Melayu

3. Hubungan Visual Sejarah
Monumen berfungsi sebagai 'tiang masa' bagi merakan detik-detik sejarah penting berlaku di Malaysia yang dipaparkan melalui ukiran pada dinding monumen

4. Hubungan Kontekstual Kawasan
Monumen menjadi salah satu mercu tanda lanskap Putrajaya dengan dilengkapi sebuah platform yang menghadap secara strategik ke kawasan-kawasan penting di Putrajaya. Monumen ini juga boleh dilihat dari Kediaman Perdana Menteri.

5. Hubungan Penataan Sejarah
Platform pada monumen menggambarkan kesinambungan sejarah di Malaysia yang dipaparkan dalam bentuk visual dan teks pada panel dinding kaca.

6. Hubungan Lampu Suar
Monumen berfungsi sebagai 'rumah api' yang mampu menghasilkan cahaya terang yang bergerak sekeliling 360 darjah dan boleh dilihat daripada pelbagai lokasi di Putrajaya

Source : http://wikimapia.org/60485/




Monday, 11-Jun-2007 09:36 Email | Share | | Bookmark
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak.

Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah
Royal Masoleum
View all 5 photos...


Masjid Ubudiah is Perak's royal mosque, and is located in the royal town of Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. The mosque was designed by Arthur Benison Hubback, a government architect who is notably credited for the design of the Ipoh railway station and the Kuala Lumpur railway station. Construction began in 1910 but it was abandoned during World War I.

The stunning Ubudiah Mosque with its golden domes and minarets has a well-deserved reputation as one of the most beautiful mosques in the country. It has graced many a magazine cover, and is a source of pride to the locals as well as a symbol of their faith.

It was built during the reign of Sultan Idris Mursyidul Azam Shah I (1887-1916), the 28th Perak ruler.

There were problems during its construction, which started in 1913. Once, two elephants belonging to Sultan Idris and Raja Chulan ran over the expensive imported Italian marble tiles. The outbreak of the First World War caused a delay in replacing the marble, and the mosque was completed only in 1917, when it was officially opened by Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah.

The burial site for Perak's royal family is also found near the mosque.




Tuesday, 5-Jun-2007 10:43 Email | Share | | Bookmark
Majid Sultan Suleiman, Klang

 
 
 
View all 12 photos...




Sultan Sulaiman Royal Mosque is Selangor's royal mosque, which is located in Klang, Selangor, Malaysia. It was constructed by the British in the early 1930s and was officially opened in 1934 by the late Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah of Selangor and the British's Federated Malay States High Commissioner Sir Lawrence Nuuns Guillemard.

The mosque's architecture is a combination of Western Art Deco, Neoclassical and local Islamic styles.

Its interesting features include the Tangga Diraja (royal stairs) from Istana Alam Shah and a royal mausoleum. The late Sultan Salahuddin was buried in the mosque's grounds.



[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net