BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Dec-2007 17:21 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Kopitiam

Ala Carte
Garlic Bread
Table set up
View all 9 photos...




OLD TOWN WHITE COFFEE

Bukanlah nak beri Promosi kat Restoran ni. Saja rehat2 dan layan wifi di OLDTOWN White Coffe, kopitiam di Seksyen 8, Petaling Jaya. Menurut website restoran ini, perniagaannya bermula seawal tahun 1958. Ada sikit extraction dari website nya :-

The OLDTOWN story began in 1958, in Ipoh Town, Malaysia. It all started at the White Café – a classic coffee shop. The owner, inspired with a vision and the passion to make and serve fine coffee, created a secret white coffee blend.

He began serving this unique white coffee to the residents. This aromatic white coffee soon gained popularity within the township and news of its unique taste spread beyond Ipoh to other flourishing towns.

His simple dream and venture to serve a good cup of white coffee was met with good reviews. White Café was not just popular, his white coffee was widely accepted and together, WHITE CAFÉ the coffee shop, the White Coffee and him became recognized as one entity – that of a pioneer, entrepreneur.


http://www.oldtown.com.my/


Tuesday, 21-Aug-2007 05:42 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Ekin, Ecah & Eqa



Happy Birthday Ekin, Ecah & Eqa

Ahad lepas 19hb Ogos selepas buat Tahlil dan doa selamat sempena kedatangan Ramadhan.Sempat juga potong kek untuk anak2 saya yang bertiga ni...


Sunday, 29-Jul-2007 08:18 Email | Share | | Bookmark
RC @ Tasik Kota Kemuning, Shah Alam

BULL RC boat
DARUS RC boat
BULL RC boat
View all 19 photos...







Ahad lepas sempat ke Tasik Kota Kemuning, Shah Alam merakam gambar rakan2 yang aktif dalam sukan RC disana..



Thursday, 19-Jul-2007 06:01 Email | Share | | Bookmark
Bougainvillea (Bunga Kertas)



Bougainvillea

Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

SOURCE : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kertas





Monday, 2-Jul-2007 06:06 Email | Share | | Bookmark
RETRO MERDEKA

31st August 1957
31st August 1957
1st August 1957
View all 12 photos...




Menurut catatan di belakang gambar, ianya dirakam kan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Sungai Purun Estate,
Semenyih, Selangor.


Negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 pada 31hb Ogos 2007 ini. Sebagai menghargai jasa2 pejuang2 kemerdekaan yang telah bertungkus lumus bersabung nyawa dalam mendapatkan kemerdekaan samaada secara lansung atau tidak lansung, rasanya wajar kita paparkan wajah2 mereka sebagai kenangan2 untuk generasi akan datang.

Selama lebih kurang 447 tahun negara kita dijajah, pelbagai peristiwa pahit manis telah kita lalui, dari pemerintahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sehingga Pemerintahan Dharurat. Dari negara dunia ke 3 sehinggalah negara kita mencapai taraf sebagai negara membangun.

Kebanyakan diantara kita mungkin belum dilahirkan pada masa negara kita mendapat kemerdekaan. Mungkin pada ketika itu hanya datuk nenek atau ibu bapa kita yang ada dan terlibat dalam proses memerdekakan tanah air.

Mungkin ada diantara kita yang masih menyimpan gambar2 kenangan Pra merdeka atau sewaktu hari merdeka. Marilah kita paparkan imej2 itu untuk dikongsikan bersama.

ALFATIHAH untuk mereka yang telah pulang kerahmatullah.

Gambar2 yang dipaparkan disini terdiri dari gambar arwah ibu, arwah bapa, makcik dan pakcik saya serta rakan2 mereka yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan Auxilliary Police (AP), Special Constable (SC) dan dan Fedration of Malaya Police Force ketika menjelang & sesudah merdeka.



[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net