Want your
own Fotopage?











 
BADANG's FotoPage

By: badang perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Jun-2009 07:28 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Cari Makan di Terengganu, Malaysia

Sata Che Wan, Kuala Kemaman
Udang Goreng Tepung Che Wan, Kuala Kemaman
Otak-otak Che Wan, Kuala Kemaman
Jumaat lepas buat pertama kalinya aku Terengganu. Itu pun sebab nak hantar anak aku mendaftar di UiTM Kampus Dungun, Terengganu. Perjalanan yang meletihkan tapi seronok.

Dalam perjalanan balik, sempat juga singgah dibeberapa tempat, antaranya Pantai Kemasik di Kemaman, Pantai Mak Nik dan Gerai Otak2 dan Sata Che Wan. Seronok juga meratah Otak2 dan Sata. Sotong goreng tepung pun boleh tahan sedapnya.










sedapnya sata.......lama dh x pekena.....
kt sini kalo time pasar ramadhan je br ada jual sata ni.....
Sat 4-Jul-2009 02:17
Posted by:baayah  - [Link]
banyaknya gambar menarik serta info berguna dalam fotopages nie...good jobs Sat 4-Jul-2009 16:37
Posted by:yun yun_2181@yahoo.com  - [Link]
>> jauhnya cari makan sampai kat terengganu...
>> tak kisahlah asalkan mengancam makanannya...
Sun 5-Jul-2009 15:28
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 12-Jun-2009 18:07 Email | Share | | Bookmark
Masjid Besi, Putrajaya

Masjid Besi, Putrajaya
Masjid Besi, Putrajaya



Masjid Besi atau juga dikenali sebagai Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.[1]

Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi

Saya diberitau Masjid Besi dah dapat nama : Nama Masjid ini Masjid Sultan Mizan (tak berapa pasti)

mmg namanye masjid besi ye... unik Sun 21-Jun-2009 13:04
Posted by:maya amir  - [Link]
masjid sekarang mang cantek-cantek..beso-beso lak tu...tapinya....fungsi nya tak macam dulula...kadang-kadang tersergam indah..banyak masjid saya rasa macam satu pembaziran pulak...ialah makmumnya tak pernah penuh!!! Sat 27-Jun-2009 02:16
Posted by: ShahRose  - [Link]
tak pernah tau pun....
ni baru aku tahu...
Sat 27-Jun-2009 10:18
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 9-Jun-2009 07:20 Email | Share | | Bookmark
Bila Orang Kurang Siuman Cuba Membunuh Diri..

 
 
 
Kebetulan hari ini cuti dan tidak kemana2 hanya bersantai dirumah. Tiba2 sebuah jentera bomba lalu dihadapan rumah dengan laju sekali seolah2 ada hal kecemasan sedang berlaku. Rupa2nya seorang lelaki India berusia dalam lingkungan pertengahan 30an cuba untuk membunuh diri sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, saya terus mencapai kamera dan ketempat kejadian. (Hanya dihadapan rumah)

Walaubagaimanapun cubaan lelaki itu gagal apabila pihak Polis dan Bomba tiba tepat pada waktunya sebelum beliau melakukan perkara2 yang lebih merbahaya lagi. Lelaki itu yang dipercayai kurang siuman, telah mengugut ibunya untuk terjun dari rumah.

Lelaki itu juga mendakwa dia memiliki asid akan menyerang anggota polis, jika mereka menghampirinya. Lelaki itu kemudiannya terjun dari rumahnya di tingkat satu kawasan perumahan Medan Cahaya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Dia mengalami kecederaan dikaki dan akhirnya berjaya ditahan oleh Polis. Ibunya sebelum itu telah membuat lapuran polis di Pondok Polis Taman Medan tentang ke''agresifan'' anaknya kerana tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Lelaki tersebut kemudiannya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia untuk rawatan lanjut.











Syukur tiada kehilangan jiwa yang berlaku..


dalam hadith ada nabi kata sesiapa yang bunuh diri dengan cara tertentu, di dalam neraka nanti dia akan mengulangi perbuatan bunuh dirinya itu berkali-kali dengan penuh siksa.

Entryku kali ini;

Masuk ke hutan berbaju celoreng
Pelanduk lalu di depan mata
Bising umpama bertih digoreng
Dilapang sasar beradu kita
Wed 10-Jun-2009 14:44
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Dalam akhbar SInar ada keluar news ni, tapi lapuran lewat.....tapi En.Zul punya news lagi best dan semasa..syabas!! Mon 15-Jun-2009 00:07
Posted by:zainzubir  - [Link]
tu rumah flat kt taman medan ye.......
adik ipor kita ada duk kt situ.....
Tue 16-Jun-2009 12:07
Posted by:baayah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 31-May-2009 06:10 Email | Share | | Bookmark
Kari Kepala Ikan

Kepala Ikan Tenggiri dan Isi Ikan
Tomato dan Cili Hijau/ Cili Merah
Kacang Bendir


Dah lama tak makan Kari Kepala Ikan... Tadi pegi pasar belilah kepala ikan tenggiri... untuk di buat Kari Kepala Ikan... Pergh...! Tak payah la nak ke Kedai atau Restoran nasi Kandar tu... Kacang Bendir dicelur didalam air panas dan dihidangkan berasingan, kalau suka boleh juga dicecah dengan sambal belacan.

Kari Kepala Ikan ini biasanya dimasak dengan cara masing2. Ada yang suka Kari Kepala Ikan ini dimasak Ala Nyonya Style, ada juga cara Mamak yang kuahnya pekat dan ada juga yang memasak dengan cara masakan Melayu. Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan melalui email, orang2 barat tidak makan kepala ikan, begitu juga dengan orang Yahudi. Saya tidak tahu apa sebabnya.

Pilihan kepala ikan juga mengikut selera pemakannya. Antara kepala Ikan yang menjadi 'favourite' untuk dibuat kari ialah Kepala Ikan Tenggiri, Kepala Ikan Merah, Kepala Ikan Nyoknyok, Kepala Ikan Tongkol (Ikan Kayu),Kepala Ikan Kurau, Kepala Ikan Jenahak dll.

Sesiapa yang inginkan resepi Kari Kepala Ikan bolehlah ke : http://resepi.mesra.net/Detailed/1974.shtml


Kisah portal kahwin yg kantoi.. kisah selanjutnya di blog saya
http://afizudin.pixcursor.com/2009/06/diri-yang-kantoi/
Wed 3-Jun-2009 09:50
Posted by:afizudin@PixCursor  - [Link]
sedap nih Sun 7-Jun-2009 12:43
Posted by:ikromi  - [Link]
Salam, tumpang lalu jap... nak iklan sikit... Salam perkenalan dari Kak Hai…
SESIAPA NAK G BERSANTAI KAT PD SILALAH SINGGAH KAT FP KAK HAI ADA MENYEDIAKAN BILIK STUDIO UNTUK DISEWA @ TIARA BEACH RESORT...
MARI-MARI....CUTI2 MALAYSIA...SAPE CEPAT DIA DPEK... HEHEHHE
Mon 8-Jun-2009 02:38
Posted by:kak hai  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Monday, 11-May-2009 15:23 Email | Share | | Bookmark
Lipis Station

Selalu disebut orang 'Kluang Station' yang sangat popular dengan roti bakarnya, sehingga ia di duplicate menjadi sebuah restoran di Damansara. Walaubagaimanapun Sabtu lepas saya berpeluang ke Kuala Lipis bersama seorang rakan dan kami melawat Stesen Keretapi Kuala Lipis atau Lipis Station. Sesampainya kami disana kelihatan dua keretapi sedang berhenti mengambil dan menurunkan penumpang sebelum menuju ke destinasi masing2.

Ketika melalui dihadapan pejabat 'Station Master' saya terlihat satu objek merah didalam pejabatnya yang cukup menarik perhatian saya. Oleh kerana saya ni segan hendak memulakan perbualan dengan 'Station Master' tersebut, maka rakan saya memulakan bual bicara.

Kami meminta kebenaran untuk mengambil gambar objek merah tersebut. Objek merah yang kelihatan seperti peti pos itu adalah merupakan sistem kawalan trafik untuk tren yang lalu sepanjang landasan dari Gemas ke Tumpat. Saya kira ianya satu sistem yang telah diguna pakai sejak puluhan tahun yang lalu kerana objek tersebut digunakan secara manual.


Papantanda Destinasi yang msih digunakan


Jadual Perjalanan Tren


BERLIAN di Stesen Lipis


Station Master


Apa agaknya yang di intai tu dik?


Seronok.. Keretapi dah nak bergerak


Station Master Office






Objek Merah yang dimaksudkan

Sedikit penerangan tentang objek merah tersebut...

Tyer's Key-Token instrument
As time progressed, Tyer & Co somehow discovered that their massive and clumsy tablet instruments didn't need to be so, and along came the neat and tidy key-token instrument.

A key-tokens could be withdrawn when the signalman held in his bell plunger at the other end of the section (the knob on the right) provided a token wasn't already out, of course!

The electrical section indicator was not provided on all instruments - some had a manual indicator.

Most instruments were painted red

Source : http://www.signalbox.org/block/tyer.htm

Wah pi shoot sorang jer ke? Fri 22-May-2009 05:33
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
nice foto.. lama xdgr kabar bro.. Tue 26-May-2009 13:14
Posted by:husmira  - [Link]
Dal lama tak naik kereta api....................gambar yang cantik Sat 30-May-2009 17:28
Posted by:Awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 27-Apr-2009 00:12 Email | Share | | Bookmark

Entry kali ni sebagai support kepada rakan2 saya yang menyediakan perkhidmatan dalam profession masing2.. Kalau ada jalan bisness.. tolong2 la ye..

PROMOSI UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN/ KERAMAIAN

Perkhidmatan Katering







ALYA CATERING SERVICES
No 54 Taman Mas 2
Batu 9, Jalan Cheras
43200 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Segala Pertanyaan Sila Hubungi
Abd Aziz Shaari (Manager)
Mobile : 016 2198051
email : alyacate@streamyx.com
Email : azizshaari55@yahoo.co.uk
http://alyacatering.fotopages.com

Alya Catering Services adalah sebuah syarikat bumiputra yang berpengalaman dalam industri pemakanan khususnya di dalam bidang perniagaan restoran, kafeteria dan katering. Ianya dilengkapi dengan para kakitangan profesional serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Bermula secara sambilan pada tahun 1996 menyediakan jamuan kecil-kecilan dan sederhana untuk pelajar-pelajar Malaysia di Birmingham, Midlands dan United Kingdom & Eire telah membuka minat Puan Rubiah Hj Mohd Sari, pemilik Alya Catering Services menceburi bidang katering. Di peringkat awal memperkenalkan Alya Catering Services, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu mempromosi melalui kaedah mulut ke mulut.

Alya Catering Services telah ditubuhkan pada 11 Jun 1999 sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dengan modal berbayar RM 160,000. Kini setelah 10 tahun menceburi bidang ini, masakan Alya Catering Services telah dikenali ramai. Alya Catering Services menyediakan perkhidmatan untuk semua majlis dari sekecil jumlah 50 orang sehingga kepada tiada terhadnya. Makanan yang disediakan adalah mengikut citarasa tempatan dan barat.

Alya Catering Services telah memberi khidmat tempahan kepada semua lapisan termasuk pihak kerajaan (jabatan/sekolah) mahupun swasta. Malah sebagai langkah untuk mempromosikan lebih meluas, Alya Catering Services pernah mendapat liputan dalam sebuah majalah Mingguan Wanita keluaran 8-15 Sept 2000. Selaras dengan kejayaan mengendalikan semua majlis selama ini, kami yakin mampu menjalankan urusniaga dengan lebih profesional mengikut kepuasan yang dikehendaki oleh pelanggan.


Perkhidmatan DJ/ PENGACARA (Emcee)



Dj Zullastree Mohamad mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai Pengatur Acara Majlis (Majlis Perkahwinan, Dinner Show, dll) Menyertai Stesen Radio KLfm sejak 2001 sehingga kini. Berpengalaman dalam Majlis2 Korporat dan Majlis Hari Keluarga serta Sukaneka.

Segala Pertanyaan Sila Hubungi
Dj Zullastree Mohamad - KLfm
Mobile : 013 3442246

Dj Jay (Jemaah)
Mobile : 012 2202336


Bakery Products




Segala Pertanyaan Sila Hubungi
DE ORIGIN BUN BAKERY
Taman Jasmin
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Mobile : 012 3777483

waaHH..nmpak mewaH mknan2 dia...buatku terliur hehe Mon 11-May-2009 07:58
Posted by:yaR-t  - [Link]
InsyaAllah..mudah2an bisnes bertambah maju..
teruja tengok kek2 & roti2 yg gebus mulus ittew
Mon 11-May-2009 08:19
Posted by:MaDiHa  - [Link]
erm.. btol lame tak jumpe bro!! Tue 26-May-2009 02:06
Posted by:weet  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Tuesday, 7-Apr-2009 16:03 Email | Share | | Bookmark
Kulihat Hijau...

 
Photography Gear :-
Canon EOS 400D
Canon Macro Lense 100mm 2.8
580EX II Speed Light




Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

~Zainal Abidin

Nice fb.. penuh kehijauan.. plus ada info juga... cayalah.. Mon 20-Apr-2009 07:05
Posted by:bungaoren  - [Link]
bila lah boleh sambar satu makro nih..
geram jek tgk..
Tue 21-Apr-2009 06:29
Posted by: راسيدي K a K i F o To  - [Link]
cantik dan hijau.....lumidingkan? Sun 3-May-2009 12:55
Posted by:ijulabi  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Tuesday, 24-Mar-2009 14:50 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Mohd Zaki & Zaidatul Suhaida

Photography Gear :-
Canon EOS 400D
Canon EOS 350D
Canon 18-55mm Kit Lense
Canon 90-300mm
580EX II Speed Light
430 EX Speed Light









Majlis Perkahwinan Mohd Zaki & Zaidatul Suhaida
Durian Daun, Masjid Tanah
Melaka

::: Terimakasih kepada rakan2 yang telah mendoakan kesihatan saya:::

Just updated! Tue 7-Apr-2009 01:57
Posted by:baning  - [Link]
Just updated! Tue 7-Apr-2009 01:57
Posted by:baning  - [Link]
Nice custom layout... nice portraiture... keep it up bro!

http://pixlensa.fotopages.com
Sun 3-May-2009 11:27
Posted by:Yusuf Arifianshah pixlensa@gmail.com  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Wednesday, 18-Mar-2009 07:48 Email | Share | | Bookmark
SALAM


SEMUGA CEPAT SEMBUH AMIN.. Thu 19-Mar-2009 09:12
Posted by:mymjo ahhacom@gmail.com  - [Link]
::: semoga bro cepat2 sembuh.. Mon 23-Mar-2009 12:06
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Sakit apa bro ? ..... moga sembuh Thu 26-Mar-2009 00:47
Posted by:baning  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 22-Feb-2009 12:57 Email | Share | | Bookmark
Macro Shoot di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

 
 
 
Photography Gear
Canon EOS 400D
Canon Macro Lense 100mm 2.8

Semalam pihak Fotomedia Malaysia (FMDC) Kawasan Tengah telah menganjurkan satu event untuk shoot macro di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Seramai 26 orang peserta telah menyertai event ini yang terdiri dari ahli2 baru (newbie) dan yang lama. Event ini berlansung selama lebih kurang 2 1/2 jam.

Tujuan outing ini ialah untuk berkenal-kenalan dan berkongsi ilmu dan minat yang sama. Sambil belajar mengenali bidang fotografi makro dengan lebih dekat dan mengambil kesempatan belajar dengan bertanya, melihat, menjadi spotter dan seterusnya membentuk teknik sendiri

Saya juga turut serta dalam event ini yang saya kira kali pertama saya shoot macro dalam kumpulan yang besar. Aktiviti makro sebelum ini hanya saya, Kak Zain dan Askme bertiga saja.Terimakasih diucapkan kepada penganjur event tersebut Encik Azmizan (BOOGEYMAN).

Imej dibawah ialah antara imej serangga2 yang berjaya saya rakamkan semalam..






Gambar group Makro Shoot di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya


Tak puas hati dengan hasil di Bukit Gasing, shoot pulak di depan halaman rumah. Selak2 daun tak de pulak jumpa spider, yang ada hanya lalat je.. Try pulak shoot.




abang badang....apdetttttttt Fri 13-Mar-2009 02:05
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
wow cunnya gambo makro, leh ushar mengkarung saya pulak di : http://syahliyana.fotopages.com/ Sun 15-Mar-2009 13:40
Posted by:FirdausZakaria syah_frida85@yahoo.com  - [Link]
lawa, macam nat geo la... Wed 18-Mar-2009 00:49
Posted by:mupaman
View all 36 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.