Want your
own Fotopage?









 
BADANG's FotoPage

By: BADANG PERKASA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Apr-2008 09:52 Email | Share | | Bookmark
Back to Nature 2

 
 
 


Tak de sabjek yang menarik buat masa ni. Beberapa hari lepas, berkesempatan shoot bunga2 ni di Rumah dan di tempat kerja... Inilah hasilnya.. Butir2nya akan diletak kemudian.

yang sebelah kiri tu cantik macam isteri aku....masa dia muda-muda dulu......... Fri 2-May-2008 14:54
Posted by:Awangje  - [Link]
assalamualaikum...
cantik gambar2 badang...
nak tanya guna camera ape??
ajar kita sikit boleh
Wed 7-May-2008 07:58
Posted by:ramzichen ramzi@thplantations.com  - [Link]
Luv the first one ........ kombinasi kaler putih dan latar gelap tu memang menjadi.
Ada improvement dalam shoot Tuan Badang...........
Keep the momentum............. jangan tunggu lama sangat baru nak update.
Fri 16-May-2008 14:53
Posted by:baning  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 24-Mar-2008 18:23 Email | Share | | Bookmark
Macro

 
 
 




Ini cubaan mengambil gambar macro saya yang pertama.. Gambar dragonfly ini dirakamkan hanya menggunakan kit lense dan Raynox filter di Taman Rama-rama Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas bersama Kak Zain dan Askme..

otai dah ni.....
cayok²..cun gile bro.....
kesabaran bro mesti tahap dewa...
bkn senang nak ambik gambo cakcibo tu....
bukan blh dok diam...
dah try dah tension je....
ape² gambo ni menang best.......
Fri 11-Apr-2008 00:39
Posted by:joelaily  - [Link]
hulamamak...sempoi gilerrr..tuan badang perkasa yg lagi hebat...tuan pakai lens jenis apakah ini... Thu 17-Apr-2008 18:56
Posted by:semutaro  - [Link]
cantek macro ni encik badang Tue 29-Apr-2008 20:59
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 09:38 Email | Share | | Bookmark
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia
Pokok Jarum Tujuh Bilah

Hari Sabtu lepas baru saya terperasan yang pokok Jarum Tujuh Bilah saya sudah mengeluarkan putik bunga. Apa yang menghairankan saya ialah bunganya berwarna Ungu tidak seperti kebiasaannya berwarna Peach ataupun Orange. Saya mengagak mungkin ini dari spesies yang berlainan. Setelah saya mencari di internet saya rasa spesis ini dikenali sebagai Pereskia-grandifolia



Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 hingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dalam kumpulan kaktus yang merupakan pokok kecil yang boleh mencecah ketinggian 3 hingga 6 meter. Mempunyai bunga yang berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yang pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yang sangat tajam pada batangnya (sama seperti kaktus). Yang menariknya, jarum yang terdapat pada sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yang menerangkan dengan jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Source : http://www.tribunputra.upm.edu.my/tribun_putra/baru.php?subaction=showfull&id=1104223638&archive=1107142439&start_from=&ucat=13&go=archives

Spesis
Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
Pereskia aculeata var. rotundifolia
Pereskia aureiflora
Pereskia bahiensis
Pereskia bleo
Pereskia colombiana
Pereskia corrugata
Pereskia cubensis
Pereskia diaz-romeroana
Pereskia godseffiana
Pereskia grandifolia
Pereskia grandifolia var. violacea
Pereskia guamacho
Pereskia horrida
Pereskia humboldtii
Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
Pereskia lychnidiflora
Pereskia marcanoi
Pereskia nemorosa
Pereskia philippi
Pereskia portulacifolia
Pereskia quisqueyana
Pereskia sacharosa
Pereskia stenantha
Pereskia subulata
Pereskia vargasii
Pereskia vaugasii var. longispina
Pereskia weberiana
Pereskia zehntneri
Pereskia ziniiflora
Pereskia zinniaefolia

pertama kali tengok jarum 7 bilah yg bunganya warna purple.. selalunya warna oren... Mon 24-Mar-2008 07:38
Posted by:MaDiHa  - [Link]
umah saya punya warna oren.. bila matang buah dia mcm teratai Tue 25-Mar-2008 07:48
Posted by:maylique  - [Link]
salam perkenalan dari kami..
Jom singgah http://ezankn.fotopages.com/ sekarang
Wed 2-Apr-2008 03:51
Posted by:ezankn lanun501@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 12-Mar-2008 09:36 Email | Share | | Bookmark
Back to Nature 1

 
 


Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai
suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu
menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspedisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi
terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
salju fitrah
kerna yang sejati
tiada gentar lagi
terbanglah ke sini
mencari abadi
terbanglah ke mari
mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Tawan bunga tawan taman
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni

Rama-rama?


Semalam masa boring2... Sempat la ambik gambar 2 ekor rama-rama ni kat depan rumah..

terbukti antara bunga dan rerama, rerama yang lebih cantik..............setuju? Sat 15-Mar-2008 13:04
Posted by:awangje  - [Link]
>> mantap shot ni...
>> awesome...
Sun 16-Mar-2008 18:22
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Cantik gambor ni, tuan Badang......... bukan senang nak dekat ni. Luv no 2 tu..........
Yang no1 tu rasanya rama rama Spotted Black Crow, ..... tak berapa clear gambor sayapnya.
Yang no 2 tu confirm Striped Albatross..........
Mon 17-Mar-2008 07:05
Posted by:baning  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 18-Feb-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
EMPANGAN SEMENYIH (SEMENYIH DAM)

Empangan Semenyih ~ Lake View 1
Empangan Semenyih ~ Lake View 2
Empangan Semenyih ~ Lake View 3
View all 11 photos...






EMPANGAN SEMENYIH

Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah.

Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar. Menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.

Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang

Saya masih menanti update tuan Badang yang terkini ........ Tue 4-Mar-2008 02:09
Posted by:baning  - [Link]
I've updated Fri 7-Mar-2008 16:17
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
salam.............interesting jg fp badang ni, lensa saya lebih menangkap kepada objek bertunang,bernikah,bersanding dan sy gunakan fp rakan-rakan cari idea, dan salam perkenalan tuk badang fp. Fri 18-Apr-2008 15:52
Posted by:mustaffa mus_jaybeephotography@yahoo.com  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Monday, 4-Feb-2008 06:16 Email | Share | | Bookmark
IGUANA

 
 
 
View all 5 photos...



Iguana is a genus of lizard native to tropical areas of Central and South America and the Caribbean first described by Austrian naturalist Josephus Nicolaus Laurenti in his book Specimen Medicum, Exhibens Synopsin Reptilium Emendatam cum Experimentis circa Venena in 1768. The genus iguana includes two species: the Green Iguana and the Lesser Antillean Iguana.

The word "Iguana" is derived from a Spanish form of the original Taino name for the species "Iwana".

Physical characteristics
The two species of lizard within the genus Iguana possesses a dewlap, a row of spines running down their back to their tail, and a third eye on their head. This eye is known as the Parietal eye, which looks just like a pale scale on the top of their head. Behind their neck are small scales which resemble spikes, known as tuberculate scales. They also have a large round scale on their cheek known as a subtympanic shield.

Sight
Iguanas have excellent vision and can see long distances, shapes, shadows, color and movement. An iguana uses its eyes to navigate through winding threes trees and confusing forests, as well as finding food. They also use visual signals to communicate with members of the same species.

Hearing
An iguana's ear is known as the tympanum. It is the iguana's ear drum and is located right above the subtympanic shield and behind the eye. This is a very thin, delicate part of the iguana, and crucial to its hearing.


EEeee takut nyer tgk dia dekat........... lama gak zai tak ke cini.....nanti lawat fp zai plak erk..entah ingat tak lagi kat zai nie.... Fri 15-Feb-2008 09:27
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
detail nyer....
cantik....tp geli la ble tngk lame2
Sun 17-Feb-2008 05:00
Posted by:wani  - [Link]
Mmg tak leh dok lama 2pun kat cafe tu ..nanti kena tangkap dgn boss Mon 18-Feb-2008 01:32
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Tuesday, 29-Jan-2008 16:46 Email | Share | | Bookmark
Black & White ~ 1

 
 
 
Kenapa hitam putih?
Mungkin dikaitkan dengan hitam putih kehidupan agaknya.


Gambar 1
Lelaki dari seberang ni, berusaha sanggup mengayuh basikal roda tiganya ditengah panas matahari menjual aiskrim demi mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri..


Gambar 2
Lelaki dari Kelantan sedang membakar sate ikan dikerumuni kanak yang ingin menjamah juadah yang dijualnya.


Gambar 3
Wanita berbangsa Tionghua ini, sedang menunggu sebuah pusat kitarsemula dibuka. Bersamanya kelihatan botol2 yang dikutip untuk dijual demi menampung sebuah kehidupan.

Mungkin sedikit masa lagi senario seperti ini tidak dapat dilihat lagi oleh anak cucu kita..

Maksud Al'quran "Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri berusha mengubahnya"

Hai...nice pic..eeemm lama sungguh tak singgah kat fp zai erk..Boring2 tu singgah ler erk... Sat 2-Feb-2008 17:18
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sempoi candid nieh... Thu 28-Feb-2008 21:09
Posted by:semutaro  - [Link]
Add comment


Wednesday, 23-Jan-2008 16:38 Email | Share | | Bookmark
RC activiti at Titiwangsa

 
 
 
View all 15 photos...
Ahad lepas sempat menonton aktiviti bot RC di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ramai juga yang datang membawa bot RC masing2. Ada yang datang dari Puchong, Bukit kemuning, Klang dan beberapa kawasan lagi. Kalau tak silap ini adalah sessi `demo race` jemputan DBKL.

Aktiviti yang bermula dari jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 12.30 tengahari. Inilah julung2 kali pihak DBKL membenarkan peminat2 Bot RC beraktiviti di Tasik Titiwangsa. Sebelum ini ada yang telah dihalau dari Tasik kerana aktiviti Bot RC tersebut dianggap sebagai penyumbang kepada `pencemaran bunyi`.




nice entry and keep uplod!kipidap!! Thu 24-Jan-2008 20:21
Posted by:arm arm_audioslave@yahoo.com  - [Link]
>> dah remote control boats pula...
>> dulu pack dengan orang main remote control kereta kat titiwangsa ni...
Fri 25-Jan-2008 14:07
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wow..memang perkasa la pic ni Tue 29-Jan-2008 05:31
Posted by:afisya  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 5-Jan-2008 17:10 Email | Share | | Bookmark
[b]My little one and her sisters...[/b]

 
 
 
View all 13 photos...
Aktiviti semasa cuti tahun baru bersama anak2 sebelum mereka (yang dah besar tu la) memulakan sessi persekolahan mereka.


Makanlah Spaghetti tu pelan2....


Pizza tu panas lagi lah...


Kakak2 dan adiknya

sonoknyeeee.....
salam maal hijrah 1429....
Sun 13-Jan-2008 11:59
Posted by:kak kham  - [Link]
ohhh berselera sungguh...

Entryku kali ini

Pasang layar menghala Bentan
Kehendak hati tak dapat dihalang
Belayar singkat meranduk lautan
Merah putih gagah Penggalang
Mon 14-Jan-2008 09:02
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
comel2 anak2 u ni... siap bawak bip ke restoren yer... Tue 15-Jan-2008 10:37
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 11:21 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Nurul & Shazwani

 
 
 
View all 9 photos...
Semalam berlangsungnya majlis pertunangan Nurul dan Shazwani di Piandang 2, Siputeh, Perak Darul Redzuan.




selamat tahun baru bang...
semoga sehat n bahgia slalu...
huhu...
Tue 1-Jan-2008 19:40
Posted by:ismarizalismail  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.